Hartanah

Puding Biskut Marie Dapat Sepotong Pun Puas Hati Makan

Untitled design 2023 01 20T151835.879

rumahkabin black

Untitled design 2023 01 20T152209.157 696x522

Sempena cuti sekolah dan tahun baru Cina, ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung. Jadi buat yang tidak pulang, ubat hati anda dengan menyediakan menu istimewa. Jom buat pemanis mulut ni, puding biskut Marie resepi perkongsian Hamidah HA .Resipi ni kurang manis dan tidak menggunakan gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar, badam cincang, Nestum atau cheese sagat di atas puding jika suka.

PUDING BISKUT MARIE

 Bahan-bahan:

200 gram Roti Marie (Roti Marie = Biskut Marie)

10 gram agar-agar serbuk

2 1/2 cawan air

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan tepung kastard

1 biji telur

1/2 buku Buttercup

6 sudu besar serbuk koko

8 sudu besar Milo

1/4 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

  1. Kisar susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
  2. Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
  3. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
  4. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
  5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
  6. Masukkan serbuk koko & Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
  7. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan puding dari loyang nanti.
  8. Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
  9. Susun roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
  10. Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun Roti Marie seperti tadi.
  11. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali, mestilah lapisan koko.
  12. Sejukkan.
See also  "Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari" - Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah Haji

28958675 1653578311390952 5954855629146292224 n28958675 1653578311390952 5954855629146292224 n

13.Bila sudah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

28959165 1653578384724278 6068965011756154880 n28959165 1653578384724278 6068965011756154880 n

* Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.

*Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa lutsinar pun boleh guna juga.

Kredit: Hamidah HA

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Sambal Daun Cekur, Sekali Cuba Comfirm Suka

Resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat. Menu Diet Sedap Giler

https://www.rasa.my/masak-gulai-ikan-sedap-guna-rempah-giling-homemade/

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

AvatarAvatar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link