Pelaburan

“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin

HxzaOLsX Untitled design2

rumahkabin black

Alam perkahwinan, biasa dengarkan, susah sama, senang bersama. Suami isteri haruslah bekerjasama antara satu sama lain terutama dalam bab menguruskan rumah tangga. Sama ada suami atau isteri, perlu mainkan peranan masing-masing.

Namun hingga ke hari ini, isu tentang siapa yang sepatutnya patut membuat kerja-kerja rumah terus menjadi topik hangat. Masing-masing menunding jari antara satu sama lain. Si isteri menganggap kerja-kerja rumah bukan tugas hakiki seorang isteri manakala si suami pula menganggap isteri yang patut membuat kerja rumah apabila si suami menyuruh isteri berbuat demikian.

Berikut ulusan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin

Saya memang cukup tak setuju dengan coretan seperti dalam poster yang tersebar ini. Ia menggambarkan betapa berkiranya kita dengan pasangan dalam rumah tangga. Ia bukan soal tugas siapa, tapi soal persefahaman dan keharmonian melalui interaksi yang baik di antara suami isteri.

“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin

Percayalah, kalau masing-masing mula untuk berkira dan bersikap materialistik, rumah tangga pasti akan hilang serinya.

Beginilah saya jelaskan:

1. Asas bagi sebuah rumah tangga sebagaimana yang digariskan oleh Allah ialah:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ

“Bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik” [al-Nisa’].

وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِى عَلَيۡہِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ

“Dan isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)” [al-Baqarah].

2. Kedua ayat di atas ialah asas bagi segala jenis interaksi dalam menunaikan suatu amalan dalam rumah tangga, iaitu suami isteri perlu saling melakukan kebaikan YANG TERBAIK dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing terhadap pasangannya selagi tidak melanggar batasan syarak sama ada dari sudut perbelanjaan, interaksi, kegembiraan, kerja rumah dan sebagainya.

3. Rumah tangga ialah sebuah KOMITMEN

Pasangan yang bersedia untuk mendirikan rumah tangga seharusnya sudah memahami pelbagai komitmen yang bakal ditempuhinya baik untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga dan pelbagai lagi. Bukan sekadar ikatan yang menghalalkan antara dua insan atau hanya untuk berjimba sakan.

4. Asas kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga ialah PERSEFAHAMAN

Maka tugasan rumah tangga baik sudut luaran dan dalaman perlu kepada komunikasi, persefahaman dan toleransi yang tinggi antara pasangan.

5. Tiada nas yang mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mencuci baju dan seumpamanya, malah Islam tidak mensyariatkan perkahwinan buat lelaki untuk menjadikan isterinya seperti khadam/pembantu rumah, bahkan sebagai tulang rusuk yang perlu didampingi.

“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin
Kredit foto: Pexels

Namun ada ketikanya ia menjadi tuntutan atau kewajipan dalam beberapa situasi berikut:

a) Jika wujud perjanjian antara pasangan untuk membahagikan tugasan masing-masing, contoh: Suami berjanji akan berkerja sebaiknya untuk menjana ekonomi rumah tangga, manakala isteri pula menjadi suri rumah dan berjanji akan menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.

b) Jika suami sudah memikul tugasan luaran seperti mencari nafkah, menyediakan keperluan rumah, makanan, menguruskan kenderaan dan seumpamanya, manakala isteri pula sebagai suri rumah. Maka dalam situasi ini wajar untuk isteri membantu menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.

Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mafhumnya Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW akan bebanan menguruskan rumah tangga yang dialaminya, lalu Rasulullah menasihatinya supaya bersabar kerana Ali RA suaminya gigih dan sibuk dengan tanggungjawab urusan luaran rumah tangga.

c) Jika suami mengarahkan isterinya seperti memintanya secara khusus untuk membuat kopi untuknya atau masakkan sesuatu misalnya atau apa-apa sahaja yang makruf, itu merupakan hak suami yang perlu ditunai oleh isteri.

Sama halnya seperti seorang anak lelaki itu perlu taat pada kedua ibu bapanya dalam hal yang tidak melanggar syarak baik dalam keadaan yang senang buatnya atau tidak.

Dalam sebuah hadis: “Jika seorang wanita itu (mampu menjaga) solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluan (maruah)nya, dan taat pada suaminya, nescaya akan masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya” [riwayat Ahmad & Ibn Hibban].

d) Jika suaminya seorang yang sangat tidak mahir atau tidak gemar dan tegar tidak mahu melakukan kerja-kerja rumah atau membantu isteri melakukannya. Maka dalam hal ini, jika isteri bertoleransi untuk melakukannya dengan penuh kebijaksanaan, ia akan dianggap satu amalan dan khidmat besar sang isteri kepada keluarganya.

Seorang isteri yang berhadapan dengan suami yang “liat” membantu kerja-kerja rumah tetap perlu menjaga adab interaksi dengan suami tanpa perlu menyindir, memberontak dan sebagainya. Bukan mudah suatu pahala “birr (bakti)” itu dicapai lagi-lagi ketika ia menyelisihi keinginan diri.

6. Suami yang bijak dan baik ialah suami yang sangat perihatin terhadap isterinya. Terutama dalam suasana zaman kini di mana para wanita dan isteri ramai yang berkerja membantu ekonomi keluarga. Maka apa salahnya urusan dalaman rumah tangga juga dikongsi bersama?

Cukuplah Rasulullah SAW sebagai teladan kita. Pernah Aisyah RA ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah di rumah baginda? Jawab Aisyah RA: “Baginda sering berkhidmat untuk keluarganya, lalu jika tiba waktu solat, beginda akan keluar bersolat”.

Dalam riwayat Ahmad mafhumnya: “Baginda juga manusia, yang membasuh bajunya, memerah susu dari kambingnya”.

Dalam riwayat lain: “Baginda juga menjahit bajunya, menguruskan kasutnya, dan melakukan kerja-kerja lelaki di rumah mereka.”

“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin“Suami Isteri Kalau Terlampau Berkira & Materialistik, Rumah Tangga Hilang Seri”- Deep Ulasan Dr Kamilin
Kredit foto: Pexels

7. Sebahagian ulama juga mengatakan, perlu untuk diperhalusi ‘urf (tradisi) masyarakat setempat, dan keluarga isteri itu sendiri. Jika isteri pilihannya itu sememangnya dari kecil jenis goyang kaki bak puteri yang dikhidmat orang gaji, maka jika mampu, suaminya perlu menyediakan orang gaji juga untuk membantu isteri dan rumah tangganya. Jika tidak, masakan para sahabat RA dahulu mempunyai “jariyah-jariyah” di rumah mereka? Sudah pasti untuk berkhidmat kepada isteri dan rumah tangga mereka.

Jangan lupa para isteri dan wanita itu wasiat Rasulullah SAW buat kaum lelaki dan suami untuk dipelihara sebaik-baiknya.

استوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع…

“Berpesan-pesanlah untuk berbuak baik kepada wanita, kerana mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk..”.

8. Meskipun demikian, biasanya seorang isteri yang pandai menguruskan rumah tangganya dan menyediakan makanan pada suaminya dengan air tangannya sendiri lebih disayangi suami dan membantu mengukuhkan “bonding” suami isteri.

Anak lelaki yang berbakti kepada ibu bapanya insyaAllah akan mendapat isteri yang berbakti kepadanya. Manakala isteri yang berbakti kepada suaminya pula insya-Allah akan mendapat anak-anak yang berbakti kepada mereka jua. Begitulah biasanya kitaran alam ini.

Sumber: Dr. Kamilin Jamilin Kredit foto (top image): Pexels

See also  Ruhainies bergambar di kedutaan Kazakhstan di Malaysia -"New achievement unlocked"

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link