Pelaburan

Anak Zainal Abidin Kongsi Gambar Mesra Hanya Bersama Ibu, Tarik Perhatian Netizen!

Untitled design 2023 01 25T201051.948

rumahkabin black

Resam dalam kehidupan rumah tangga pastinya ada pertelingkahan dan sering juga berlaku salah faham berpunca daripada pelbagai faktor.

Pun begitu, bila puncanya adalah disebabkan  hadirnya ‘orang baru’ tanpa diundang antara suami dan isteri tersebut, itu lebih menjadikan hubungan semakin parah.

 

 

Hinggakan baru-baru ini tular berita mengenai isteri pertama menyerang isteri kedua bekas pemain bola sepak, Datuk Zainal Abiddin Hassan di kedai mamak.

Susulan itu, isteri kedua iaitu Fyna Jamal telah membuat laporan polis selepas berlakunya pergelutan terbabit pada hari Isnin, sekitar jam 2.15 pagi.

Difahamkan juga, isteri pertama berasa marah terhadap Fyna kerana perkahwinan bersama suami sama sekali dilakukan tanpa pengetahuannya. Malah, juga merasakan madunya itu menyindir dia di dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

ARTIKEL MENARIK

 

Sokongan Anak-Anak 

Pun begitu, tinjauan di Facebook ada sesuatu yang menarik perhatian netizen, apabila anak isteri pertama Zainal Abidin telah memuat naik sebuah gambar mesra dirinya bersama adik beradik duduk bersama ibu tersayang  telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Anak Zainal Abidin Kongsi Gambar Mesra Hanya Bersama Ibu, Tarik Perhatian Netizen!Anak Zainal Abidin Kongsi Gambar Mesra Hanya Bersama Ibu, Tarik Perhatian Netizen!

“Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran tersebut, anak Zainal Abidin yang dikenali sebagai Zaifiq Zainal itu seakan menyatakan akan tetap memberi sokongan penuh terhadap ibu yang dicintai susulan isu yang sedang hangat berlaku di dalam keluarga mereka ketika ini.

Sekadar info, bekas pengendali pasukan Melaka United itu telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini sejak tahun 1985 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang bersama.

See also  Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink? Ini Jawapannya Untuk Bakal Ibu, Pastikan Jangan Lambat!

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan urusan ibu Zaifiq dipermudahkan dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata positif untuk keluarga ini.

Sumber : zaifiq.zainal

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Anak Zainal Abidin Kongsi Gambar Mesra Hanya Bersama Ibu, Tarik Perhatian Netizen!Anak Zainal Abidin Kongsi Gambar Mesra Hanya Bersama Ibu, Tarik Perhatian Netizen!

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link