Dunia politik Malaysia dikejutkan susulan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin daripada parti UMNO, lewat malam tadi.
Menurut laporan yang dipetik daripada sumber parti, keputusan berkenaan dibuat semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Sewaktu ditemui pemberita selepas mesyuarat tamat, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan tindakan disiplin yang dikenakan itu adalah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.
Keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin yang mesra dengan panggilan KJ ini ibarat satu ledakan terhadap parti UMNO yang kini terpaksa berdepan perasaan tidak puas hati daripada para penyokong.
Malah, ramai berpendapat ia adalah satu langkah ke belakang buat UMNO apabila golongan pelapis parti seperti KJ dibuang begitu sahaja.
KJ menerusi ciapan di Twitter memaklumkan keputusan berkenaan dalam nada kesal.
“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.”
Menjengah ke ruangan komen, warganet – tanpa mengira mereka adalah penyokong UMNO & Khairy Jamaluddin ataupun tidak – tampil memberikan kata-kata semangat buat KJ dan berharap agar perjuangan beliau demi rakyat tidak terhenti setakat di sini.
Malah, KJ yang bertindak pantas mengubah profil bio Twitter kepada ‘Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan’ juga meraih perhatian.
Sebilangan warganet bertanya bagaimana boleh mereka sertai persatuan tersebut dan sama-sama mengayuh basikal bersama menantu mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi itu.
Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO berprofil tinggi yang digantung keahliannya pada malam tadi termasuklah Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link