Pelaburan

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

czbKeSOF Untitled design1

rumahkabin black

Tiada yang menggembirakan hati seorang ibu selain melihat anak-anak hidup bahagia dan berjaya. Antara momen-momen indah yang menjadi satu sejarah dalam hidup seorang ibu ialah apabila melihat anak-anak mendirikan rumah tangga.

Hanya doa diiringkan agar perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah. Setiap ibu bapa pastinya berasa gembira dan dalam masa terharu apabila anak kesayangan sudah bertemu dengan pasangan bagi melayari bahtera rumah tangga.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Melalui hantaran di laman Facebook, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi kegembiraannya meraikan majlis pernikahan anak bongsunya di Kota Bharu, Kelantan.

Pagi Jumaat yang penuh makna pada 20/1/23 di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol Kota Bahru, Kelantan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan dengan rahmat Nya.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz akad nikah, putera bongsu tercinta anakanda Ustaz Wan Muhammad Nasrullah Wan Akashah sah menjadi suami kepada permaisuri hatinya anakanda Ustazah Nurulhuda Ali.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Selamat pengantin baru buat anakanda berdua yang amat Mama Abah kasihi
Semoga Allah SWT mengurniakan kasih sayang Nya Yang Maha Luas buat Anakanda Berdua.

Ya Allah, kurniakanlah kepada Pasangan Pengantin ini Nasrullah dan Huda rumahtangga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, iman dan taqwa, ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat hingga ke Syurga Mu.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Anugerahkanlah kepada mereka zuriat keturunan yang Qurrata A’yun sebagai
penyejuk di hati.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Meskipun pada malam Jumaat yang lalu, ketika kita berada di Homestay iaitu malam akhir Adik “single”, esok pagi dah nak bergelar seorang suami..Adik salam cium tangan Mama dan peluk cium Mama, Abah, Yang (ibu Ustazah), kakak dan abang-abang Adik..

Adik minta maaf dan ucap terima kasih pada semua yang sanggup bersusah-payah datang ke Kelantan untuk berada di sisi Adik di hari bahagia Adik. Apa lagi..semua menangis terharu, sebak semua ada.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Semua sayang Adik. Sayang sepenuh hati. Namun mengalir jua airmata ini sebaik sahaja selesai Adik lafaz akad Nikah. Airmata syukur kepada Allah dan airmata bahagia seorang Ibu. Abah jua menahan sebak. Betapa kasihnya Mama dan Abah pada anakanda yang sentiasa menyejukkan hati Mama, Abah dan keluarga.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

7 bulan yang lalu kita “terbang” ke Kelantan seisi keluarga termasuk adik-adik Mama dan anak-anak mereka (sepupu-sepupu adik) untuk majlis pertunangan Adik dan Huda. Kali ini Allah izinkan kita “terbang” lagi ke sini. Hebat kasih sayang Allah. Alhamdulillah Allah berkati jodoh dan ikatan ini hingga ke alam perkahwinan.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Alhamdulillah Allah izinkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi lebih erat.
Syukur pada Allah SWT. Mohon Sahabat FB yang sentiasa bersama Ustazah dan Ustaz di setiap situasi. Mohon doakan buat pasangan pengantin ye.

Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal KelantanUstazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah Rai Majlis Perkahwinan Anak Bongsu, Dapat Menantu Perempuan Asal Kelantan

Doa daripada Rasulullah SAW:

‎بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan”. (HR. Abu Daud)

Semoga kita mendapat redha Allah dan Syafaat daripada Rasulullah SAW.

Sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

See also  Kenapa makan nenas buat gatal lidah?

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link