Pelaburan

Apa Nak Buat Bila Pasangan ‘Kantoi’ Curang? Usah Bertindak Terburu-buru, Cuba Lakukan Tip Ini

ibXxQWqH Untitled design

rumahkabin black

Sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Memang benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah. Bagaimanapun seseorang itu perlu berusaha terlebih dahulu untuk mengelak diri berjodoh dengan suami orang.

Bagi mereka yang diuji menghadapai pasangan yang curang, bersabarlah. Tenangkan diri anda dan jangan sesekali membuat tindakan terburu-buru mengikut emosi.

Apa Nak Buat Bila Pasangan ‘Kantoi’ Curang? Usah Bertindak Terburu-buru, Cuba Lakukan Tip IniApa Nak Buat Bila Pasangan ‘Kantoi’ Curang? Usah Bertindak Terburu-buru, Cuba Lakukan Tip Ini
Kredit foto: Pexels

Berikut dikongsikan tip bagaimana menghadapi pasangan yang curang:

1. TANYA DIRI

Apabila suami atau isteri sah berlaku curang di belakang pasangan, kumpul kekuatan untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional.
Tanyakan kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama.

Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja.

Segelintir wanita atau lelaki sukar berbaik semula berikutan pasangan sudah menjalin hubungan sulit hingga tidur bersama. Apabila kecurangan melangkaui batas, eloklah bertemu pakar untuk mendapatkan kaunseling.

2. JALANI KAUNSELING

Ada isteri nekad berpisah. Tetapi masih ada juga yang bermurah hati menerima kesilapan suami demi anak-anak. Apabila anda berhasrat meneruskan hubungan, berjumpalah dengan pakar kaunseling untuk berbincang secara terbuka dan mendapatkan pandangan.

Menerusi kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubu­ngan suami isteri yang boleh dibaiki.

See also  Suami Puji Kuetiau Sizzling Sangat Sedap, Resipi Ni Memang Kena Cuba

Lazimnya, kes kecura­ngan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting dalam membina perkahwinan bahagia.

Apa Nak Buat Bila Pasangan ‘Kantoi’ Curang? Usah Bertindak Terburu-buru, Cuba Lakukan Tip IniApa Nak Buat Bila Pasangan ‘Kantoi’ Curang? Usah Bertindak Terburu-buru, Cuba Lakukan Tip Ini
Kredit foto: Pexels

3. KONGSI MASALAH DENGAN IBU BAPA

Sebagai anak, ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan meraih kembali sokongan sebelum bangkit semula. Nilai nasihat yang mereka beri sebaiknya. Ibu bapa yang bijaksana akan bersikap neutral. Mereka tidak akan mengapi-apikan hubungan anak-anak, sebaliknya memberi nasihat membina.

4. PERGI BERCUTI

Tenangkan fikiran dan cari semula kekuatan diri. Jika berkemampuan, pergilah mengerjakan ibadah umrah. Di sana anda boleh mengadu kepada Allah SWT sepuasnya, memohon keampunan-Nya, bermuhasabah diri, memikirkan kembali keputusan yang bakal diambil dan mencari ketenangan berharga.

Dalam tempoh ini juga, fikirkan kembali niat sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah. Jika hati nekad mahu bercerai, ambil tahu proses yang perlu dilalui sehingga semua selesai. Ambil kira hasil perceraian itu nanti termasuk emosi anak, kehidupannya dan perbelanjaan yang wajib dilunaskan mengikut persetujuan mahkamah.

Bagaimanapun jika bajet kecil, pergilah ke mana-mana destinasi dekat supaya anda boleh bertenang dan berfikir panjang. Di negara kita sendiri ada banyak masjid cantik yang menyediakan ruang solat Muslimat yang selesa untuk anda menyendiri dalam suasana selamat dan menenangkan.

5. KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

Mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban dengan mainan emosi.

Berbeza dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.

See also  Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya, Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu

Begitu juga apabila diri kembali sedar dengan kesilapan yang dilakukan, barulah mereka boleh membetulkan kembali persepsi terhadap perkahwinan, keluarga, isteri dan anak-anak.

Sumber: Harian Metro Online  Kredit foto (top image): Pixabay

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link