Dah lama tidak merasa nasi daging. Biasa di utara, nasi daging dihidangkan semasa hari raya. Padu rasanya bila dihidangkan bersama air asam kerisik dan sup tumis darat. Aroma bau nasi daging ni memang enak bila pelbagai ramuan rempah ratus dimasak sekali.
NASI DAGING
Bahan-bahan dan cara membuat:
Masuk planta 2 sudu makan
Bawang merah 1 biji /hiris
Bawang putih 3-4 ulas/hiris
Halia cikit
4 sekawan
Daun pandan
Tumis hingga kekuningan
Rempah kurma 2 sudu makan
Rempah kari 1 sudu makan
Masukkan air sedikit bagi masak rempah tu dahulu baharu
Masukkan beras 4 cawan / dibasuh bersih
Susu cair 1/4 tin
Kiub daging 1- 2 ketul
Air rebusan daging dan daging
Air tu agak-agak je ikut sukatan beras
Sedikit garam
Air asam kerisik
Bahan-bahan:
Sedikit belacan-beli online di sini
Cili api -potong separuh/ tumbuk separuh-beli online di sini
Air asam jawa ,agak agak saja-beli online di sini
Kerisik 2-3 sudu-beli online di sini
1 biji bawang -hiris
1 biji tomato -hiris
Garam
Sedikit gula
Sedikit cukup rasa
Cara membuat:
1. Gaul ke semua bahan-bahan. Nak sedap gaul dengan jari.
2. Siap untuk dihidang.
Sup tumis darat
1.Rebus dahulu daging hingga empuk.
2.Nanti bahagi dua bahagian,untuk nasi separuh, untuk sup separuh (Masa rebus daging masuk garam sikit)
Untuk sup tumis darat:
1 biji bawang merah -hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
Sedikit halia
4 sekawan
Cara membuat:
1.Tumis bahan di atas hingga kekuningan.
2.Masuk ke dalam daging yang dah direbus tadi.
3.Tabur daun sup.
4.Siap untuk dihidang.
Kredit: Suriani Mohd
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link