Pelaburan

Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!

Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!

rumahkabin black

Bayangkan anda melakukan latihan senaman bagai nak rak tapi badan masih sama tiada sebarang perubahan! Ya, jika perkara ini berlaku memang boleh buat sesiapa sahaja sakit hati. Dan secara tak langsung boleh menjejaskan motivasi untuk terus melakukan latihan senaman.

Tapi anda tahu mungkin tak tahu sebenarnya ia berlaku di atas kesilapan anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor yang membuatkan senaman anda tidak berkesan. Anda nak tahu apakah yang boleh menyebabkan perkara seperti itu berlaku?

Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!

NUTRISI

Pemakanan yang sihat membantu dalam meningkatkan prestasi anda. Anda perlu bijak merancang pemakanan anda secara seimbang. Walaupun anda bukanlah seorang atlit profesional, anda perlu mengamalkan rentak pemakanan yang seimbang dan berkualiti.

GUNA STRATEGI

Latihan anda perlu ada peningkatan dari segi bebanan dan pengulangan. Latihan anda perlu diubah setiap 6 hingga 8 minggu bagi memberi keserasian dan menambah impak yang lebih efektif kepada tubuh badan anda.

Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!
Image by pressfoto on Freepik

REHAT MENCUKUPI

Tahukah anda, manusia memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari bergantung kepada aktiviti harian anda.

Bagi mereka yang sangat aktif pasti memerlukan rehat yang cukup. Hampir 90 peratus tubuh badan kita akan mengalami proses pemulihan otot semasa kita dalam keadaan tidur. Mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan merencatkan tumbesaran otot dan sebagainya.

ATUR PROGRAM

Anda perlu juga bijak mengatur latihan anda. Di samping itu, anda perlu mempelbagaikan bentuk latihan dari segala aspek termasuklah latihan kardiovaskular dan latihan regangan. Sekiranya anda hanya fokus hanya pada satu bentuk latihan, anda telah meninggalkan aspek penting untuk kekal cergas.

Kemungkinan anda mempunyai badan yang sasa tetapi anda tidak cergas dari aspek kardiovaskular. Anda juga perlu menyeimbangkan latihan anda dengan melatih kesemua otot anda. Ketidakseimbangan otot boleh mengakibatkan kecederaan pada jangka masa panjang.

Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!Rajin Bersenam Tapi Hasilnya Kurang Memuaskan, Ini Puncanya!
Image by jcomp on Freepik

SENAMAN KARDIO

Latihan ini sangat penting bagi menyokong latihan bebanan tetapi tidak diperlukan dengan kerap kerana ini akan melambatkan tumbesaran otot anda.

Cukup sekadar melakukan latihan kardiovaskular 2 hingga 3 kali seminggu selama 30 minit. Selain itu juga, anda boleh menerapkan latihan ini ke dalam latihan circuit dan crossfit.

PROSES REGANGAN

Aktiviti regangan penting bagi mempercepatkan pemulihan otot dan sendi di samping meningkatkan julat pergerakan (ROM).

Secara amnya, kita tahu bahawa mereka yang mempunyai otot yang begitu sasa, sukar untuk melakukan regangan. Hal ini kerana mereka jarang melakukan aktiviti regangan. Dari masa ke masa, mereka yang kurang melakukan aktiviti regangan ini akan terdedah kepada kecederaan otot dan sendi.

Semoga perkongsian kali ini mampu membantu anda mendapatkan kualiti senaman yang lebih baik di masa akan datang. Ingat, bersenamlah dengan strategi yang bijak agar hasilnya lebih mantap.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah!

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link