Pelaburan

Keunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi Mantap

503470

rumahkabin black

503470
Image by jcomp on Freepik

Seperti mana yang kita semua sudah sedia maklum selain melakukan aktiviti senaman dengan kerap, faktor pemakanan juga memainkan peranan sangat penting bagi mengekalkan tahap kesihatan seorang lelaki.

Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah kesihatan dari segi kemampuan seksual yang baik. Mungkin anda sendiri sebenarnya sudah banyak mendengar tentang kehebatan dan kemujaraban sesetengan herba atau makanan yang bagus untuk kesihatan seksual seorang lelaki.

Peningkatan usia dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi punca berlakunya masalah lemah tenaga batin. Ia sebenarnya bukanlah satu perkara asing walaupun tidak dibicarakan lebih meluas.

Keunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi MantapKeunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi Mantap
Image by jcomp on Freepik

Inilah sebabnya mengapa ramai lelaki yang ada masalah ini tetapi enggan mengakuinya kerana sifat ego. Di antara masalah sering berlaku di kalangan lelaki ialah ereksi yang tidak kuat dan juga ejakulasi pramatan dan juga lemah libido.

Jika tidak dirawat ia berpotensi menjejaskan hubungan rumah tangga menjadi retak. Selain kaedah perubatan moden ramai juga yang mengambil langkah mengikuti pemakanan berasaskan tumbuhan dan herba. Salah satu yang memiliki khasiat yang baik ialah halia bara.

HALIA BARA

Buat anda yang mungkin kurang arif tentang halia bara, ia merupakan sejenis tumbuhan yang lebih kurang sama dengan halia biasa yang digunakan dalam masakan. Namun ada beberapa perbezaan yang membuatkan ia cukup mantap dijadikan sebagai makanan atau bahan perubatan tradisional.

Keunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi MantapKeunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi Mantap

Untuk setiap 30gram halia bara ia mengandungi nutrisi seperti berikut:

  • Kalori: 50 kcal
  • Karbohidrat: 14 g
  • Lemak: 0 g
  • Protein: 0 g
  • Sodium: 150 mg
  • Vitamin D: 0μg
  • Zat kalsium: 26 mg
  • Zat besi: 0.5 mg

Berikut merupakan kehebatan halia bara untuk kesihatan lelaki!

See also  Daiyan Trisha mengaku kaya, syukur dengan rezeki.. luang masa sebulan untuk ibadah

TINGKATKAN LIBIDO

Halia bara termasuk dalam makanan yang ada kesan afrosidiak di mana ia boleh meningkatkan libido atau nafsu syahwat individu jika dimakan.

Dalam erti kata lebih mudah, ia boleh diumpamakan sebagai ubat viagra semula jadi. Pun begitu, kebergantungan kepada herba ini mungkin tidak disarankan oleh ramai pakar.

Keunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi MantapKeunggulan Halia Bara Untuk ‘Kesihatan Lelaki’, Mampu Tingkatkan Prestasi Mantap
Image by pressfoto on Freepik

TINGKATKAN KEMAMPUAN

Ia juga boleh membantu melancarkan peredaran darah di dalam tubuh termasuklah di bahagian sulit lelaki. Jadi ini membantu anda mendapatkan kemampuan hebat ketika bersama dengan pasangan.

KESUBURAN

Halia bara juga sangat bauk buat lelaki dengan kemampuannya memperbaiki anti oksida dan aktiviti androgenik. Secara tidak langsung meningkatkan tahap kesuburan seseorang lelaki.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Sumber: Hello Doktor

6ed0731ee9ca44ef45328b74fda82ad56ed0731ee9ca44ef45328b74fda82ad5

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link