Gaya hidup pantas masa kini menjadikan kita juga ikut berlari mengejar waktu. Antara keluarga dan kerjaya kedua-duanya sama penting. Sehari bekerja dan berada di luar rumah, pastinya kita mahu menyajikan hidangan air tangan sendiri buat keluarga tersayang. Bila memasak dalam waktu yang memerlukan kita menyediakan hidangan dengan pantas, pastinya sajian yang Sedap, Mudah dan Cepat, akan menjadi keutamaan.
Bihun goreng, antara menu paling senang dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Statistik juga menunjukkan rakyat Malaysia menikmati 1.57 billion hidangan mi dan bihun pada tahun 2020, iaitu antara paling tinggi dalam tempoh tujuh tahun. Ini juga termasuk dalam kategori Mi dan Bihun Segera.
NUUNA BIHUN GORENG SEGERA, satu lagi jenama yang mula menarik perhatian orang ramai. Nuuna tidak asing lagi dengan perkataan Korea yang membawa maksud kakak. Selalu kita lihat para wanita terutamanya ibu, isteri dan semestinya kakak akan sentiasa menjadi penyelamat dalam masakan. Begitu juga Nuuna Bihun Goreng Segera yang pasti membantu semua untuk menikmati hidangan dengan pantas.
NUUNA BIHUN GORENG SEGERA sangat istimewa kerana mempunyai tekstur bihun yang sempurna. Tidak lembik atau berderai. Didatangkan dalam dua perisa iaitu NUUNA BIHUN GORENG SEGERA ASLI dan NUUNA BIHUN GORENG PEDAS.NUUNA BIHUN GORENG SEGERA ini sangat cepat dimasak. Anda tidak perlu menunggu lama sehingga bihun ini lembut. Sajian ini semudah ABC kerana anda hanya perlu menggaulkan bihun yang telah dicelur bersama rencah yang disediakan atau boleh dimasak seperti bihun goreng biasa yang selalu kita masak dan makan.
Sajian bihun goreng ini lebih lazat jika ditambah udang, sotong, ayam, daging dan juga sayur-sayuran bagi membangkitkan keenakan rasa sebenar. Istimewanya, kita tidak perlu lagi menambah kicap dan perasa, kerana setiap bungkusan telah dilengkapi dengan kicap, minyak perisa dan perencah istimewa khas.
NUUNA BIHUN GORENG SEGERA ini didatangkan dalam saiz yang sesuai untuk hidangan seorang. Jadi lebih mudah untuk kita menganggarkan jumlah yang perlu dihidang untuk seisi keluarga. Sesuai dengan tagline Nuuna iaitu NIKMATI KECERIAAN BERSAMA, mari kita hidangkan sajian enak ini dengan lebih cepat tanpa perlu ragu dengan keenakan rasanya. Hidangan enak, keluarga gembira.
Untuk mereka yang masih bujang, NUUNA BIHUN GORENG SEGERA akan menjadi pilihan hidangan yang sedap, cepat, mudah dan mengenyangkan. Bayangkan dalam masa beberapa minit anda boleh menyediakan bihun goreng yang sedap seperti masakan ibu. Paling penting, harga produk Nuuna ini sangat mampu milik.
Nak jadi orang pertama yang menikmati NUUNA BIHUN GORENG SEGERA ini? Kami ingin menjemput anda untuk memasak bersama finalis Dewi Remaja, Auni Yusri & pengacara popular yang fasih berbahasa Korea, Munaa Bella pada hari pelancaran Nuuna Bihun Goreng Segera nanti.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000.00 dan wang tunai RM250.00 untuk empat pemenang sagu hati.
CARA MENYERTAI
Anda hanya perlu:
- Tonton Video Masak-Masak bersama Nuuna, Like & Follow Facebook dan Instagram Majalah Rasa & Nuuna
- Cipta Tagline Nuuna Paling Kreatif
- Nyatakan Resipi Bihun Paling Sedap Pernah Anda Makan atau Masak dan Tag 2 Rakan Anda Di Ruangan Komen Video Sebelum 20 Feb 2023
Tonton video istimewa Rasa Masak Challenge #MisteriBihunTersedap:
#majalahrasa #rasashare #rasamasakchallengemisteribihuntersedap #rasamasakchallenge #nikmatikeceriaanbersama #nuunabihungorengsegera
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin Heavy Duty Cabin Light Duty CabinSource link