Hartanah

Revolusi Penggunaan Mata Kail – Umpan

Revolusi Penggunaan Mata Kail – Umpan

rumahkabin black

 

Terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Reka bentuk, saiz dan material mata kail pula adalah pelbagai dan bergantung kepada tujuan penggunaan mata kail tersebut. Kepelbagaian ini merangkumi daripada mata kail pelbagai guna hinggalah kepada rekaan untuk penggunaan khusus. Mata kail direka untuk memegang umpan samada hidup, mati atau tiruan.

 

Fasa Penggunaan Mata Kail

 

Penggunaan mata kail mungkin telah bermula beribu-ribu tahun dahulu. Antara mata kail terawal yang direkodkan ialah dari Palestin sekitar 7000 tahun lampau.

Pada tahun 2011, ahli arkeologi menemui telah menemui artifak mata kail di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16 000 – 23 000 tahun yang lalu.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

Sejarah merekodkan rekaan mata kail diperbuat daripada berbagai jenis material. Ini termasuklah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga, besi hinggalah kepada material yang digunakan sekarang.

 

Ketika lewat 50-an, masyarakat Norway masih menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan burbot. Mata kail daripada keluli mula membuat kemunculan di Eropah sekitar kurun ke-17 dan pembuatannya memerlukan kepakaran.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

Mata kail tunggal, berkembar dan mata tiga

 

Mata kail biasanya direka sama ada jenis bermata tunggal (mempunyai satu cangkok), berkembar (mempunyai dua cangkok) atau mata tiga (mempunyai tiga cangkuk).

 

Jenis berkembar biasanya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta merupakan mata kail tradisional fly fishing bagi Atlantik Salmon flies. Kini ia banyak digunakan bagi umpan tiruan seperti jumpfrog atau softfrog.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

Jenis mata tiga pula digunakan bagi kebanyakan umpan tiruan serta umpan lain yang sesuai.

 

Mata kail untuk umpan pasif dan jenis

 

Mata kail untuk umpan pasif merupakan jenis mata kail yang biasa kita lihat. Jika anda perhatikan lebih teliti, rekaan mata kail ini masih mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.

 

Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan lain-lain. Masing-masing direka khas dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk diaplikasikan pada situasi tertentu.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

Mata kail pancing layang dan jenis

 

Mata kail bagi fly fishing biasanya lebih kecil. Mata kail jenis ini dinamakan flies dan mempunyai pelbagai bentuk rekaan dan berwarna warni pada mata kail. Rekaan flies biasanya menggunakan serangga sebagai pengaruh rekabentuk dan idea.

 

Antara nama mata kail jenis ini termasuklah Viking, Keel, Kendal, Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, Model Perfect dan lain-lain.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

Duri Pandan

 

Istilah duri pandan atau barb merujuk kepada cangkuk atau duri halus di bahagian bawah mata cangkok. Kebanyakan rekaan mata kail mempunyai duri pandan. Duri pandan bertujuan agar ikan tidak mudah terlepas setelah tercangkok. Namun penggunaan duri pandan juga boleh memudaratkan ikan dalam sesetengah situasi.

 

Revolusi Penggunaan Mata KailRevolusi Penggunaan Mata Kail

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link