Lelaki dan seluar jean adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan terutamanya pada zaman moden masa kini. Seluar jean kini menjadi item yang wajib ada dalam setiap almari lelaki. Selain bersifat versatil ia juga sangat tahan lasak, rugged dan sesuai digayakan dengan apa jenis baju atau pakaian lain.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah orang nampak sangat segak bila mengenakan jeans tetapi anda pula tidak begitu. Salah satu sebab utama mengapa ia berlaku adalah mungkin anda sendiri memilih jenis cutting yang tidak sesuai dengan bentuk badan.
Jadi bila anda pakai jeans yang tidak kena dengan bentuk badan penampilan akan jadi janggal dan nampak tidak kemas. Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis potongan atau cutting seluar jeans yang sesuai mengikut penggayaan serta bentuk badan anda.
SKINNY JEANS
Potongannya agak ketat dari bahagian paha dan lutut hingga sedikit mengecil di bahagian buku lali. Penggayaan seluar jeans dari jenis ini boleh memberikan ilusi kaki yang tirus.
Ia sesuai digayakan oleh lelaki yang menginginkan fesyen moden, malah nampak stylish jika dipadukan dengan t-shirt. Ia sesuai digayakan bagi lelaki yang langsing, kurus dan tidak mempunyai kaki yang besar. Bagi anda yang bersaiz besar, jangan sesekali cuba untuk menggayakan jeans jenis ini kerana ia tidak sesuai dengan tubuh anda.
SLIM FIT JEANS
Jeans jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki.
Potongannya seakan-akan potongan skinny jeans namun tidak menunjukkan bentuk kaki yang terlalu ketat. Potongan jeans jenis slim fit ini sesuai dipadankan dengan kemeja untuk gaya ‘smart’.
STRAIGHT CUT JEANS
Jenis jeans ini mempunyai potongan yang lurus dari bahagian aras pinggang hingga ke hujung kaki. Potongan ini sangat bersesuaian untuk lelaki yang inginkan gaya ringkas namun masih nampak bergaya.
Ia sesuai dipakai oleh hampir semua lelaki tanpa mengira jenis kaki dan saiz tubuh si pemakai, selain memudahkan pergerakan. Jeans dengan potongan straight cut ini sesuai dipadankan dengan baju fit berlengan tiga suku atau pun baju berlengan panjang.
BOOTCUT JEANS
Ia merupakan potongan seluar yang memiliki potongan yang rata dan sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.
Potongan yang sedikit lebar ini akan menampakkan anda lebih kurus dan tinggi. Ia sesuai digayakan oleh semua bentuk badan. Anda akan nampak lebih segak jika menggayakan potongan jeans ini bersama boots.
RELAXED CUT
Potongan jeans ini tidak mencengkam paha dan betis kerana ia longgar dari bahagian pinggang hingga ke bahagian kaki.
Potongan jeans ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berbadan gempal kerana potongan jeans ini menyediakan banyak ruang di bahagian paha, kaki dan punggung. Lelaki kurus harus elak menggayakan seluar jeans jenis ini kerana ia akan menampakkan kaki kurus anda kelihatan gemuk.
Selain memilih potongan, anda juga perlu mempertimbangkan dua perkara penting ini ketika ingin membeli jeans. Dua perkara penting itu ialah:
1. Jenis pinggang seluar jeans
Ukuran yang diambil dari kelangkang ke bahagian atas pinggang. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu high rise, medium/mid rise dan low rise
a. High rise – Seluar jenis ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat.
b. Medium or mid rise – Seluar jenis ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka memasukkan baju ke dalam seluar.
c. Low rise – Seluar jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya ia mempunyai butang di bawah perut.
2. Saiz seluar
Ukuran jeans merujuk kepada dua ukuran. Contoh saiz: 27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki).
Semoga tip fesyen di atas mampu membantu anda tampil dengan gaya lebih kacak, segak dan mantap. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk menonton seleksi video menarik seperti di bawah!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link