Sekali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah, pastinya kerinduan untuk ke sana lagi terbit setiap kali melihat saudara mara atau kenalan menunaikan Umrah.
Pernah sekali menunaikan Umrah dan kali ini Norazila Abdul Ghani bersama suami dan juga anak yang masih kecil dijemput ke sana lagi tetapi kali ini semuanya dilakukan sendiri atau secara DIY. Kebetulan juga tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke 19 perkahwinan mereka.
Berkongsi cara dan tip untuk pembaca lain yang mungkin mempunyai perancangan seperti mereka, Norazila menyatakan kos keseluruhan untuk Umrah DIY keluarganya itu berjumlah RM12,150. Lengkap dengan pautan dan juga maklumat lain, memang mudah kalau ada yang ingin menunaikan Umrah secara DIY seperti Norazila dan suami.
Ikuti perkongsiannya:
KEMBARA UMRAH DIY
19/1/23-2/2/23
15hari
Mekah 9 hari
Madinah 6 hari
Link 2 weeks preparation: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228436729279213&id=1110836076&mibextid=Nif5oz
Perkongsian ni ikhlas lillahitaala.. Moga bermanfaat untuk semua dan ramai lagi dijemput kesana, insyaallah. Kalau ke sana doakan kami sekeluarga dijemput semua ke sana na.
Flight
AOR-KUL-AOR: RM373, Nayra RM28.61
KUL-MED-KUL: RM 2430, Nayra RM441
– I tengok biasanya kalau tix promo ni kalau dapat return 2k+ boleh terus grab. Susah jumpa. Kadang-kadang dapat 3.3k pun dah boleh grab.. Boleh consider dalam range lagi.
-Boleh usha dekat trip.com or skyscanner untuk dapat the best rate.
VISA
Visa apply melalui website ni https://visa.visitsaudi.com/
Seorang cost dia SAR535 or RM633 (credit card: 1.18)
Tips:
-Apply individually
-Make sure maklumat yang dimasukkan tu tepat dan lengkap (Kalau reject, burn duit).
-i apply dulu untuk i seorang, dah approve, baru apply untuk suami & anak.
-mine : 1 hour to approve, husband & nayra: 6 hours
BILIK
MADINAH:
Rhab Al Safwah Hotel (SAR180/night, 5 beds)
Bilik di Madinah ni memang kami gamble sungguh.. Tawakkaltuaallah. Sebab last minit sangat-sangat so bilik yang dekat dengan masjid semua mahal-mahal (1-5k/night).
So kami nekad untuk walk in. Alhamdulillah, jumpa bilik yang walking distance (7 minutes walk to masjid nabawi). Means kalau dengaq azan, sempat lagi jalan kaki pi jemaah.
MEKAH:
M Makkah Hotel by Millennium
-5 RM131/night (2 beds) :nak dapat harga ni kena join member dulu dekat website dia, then log in and book. Boleh dapat harga promo untuk member)
-2.5km dari masjidilharam
-Free shuttle 24h
-Bagi kami puas hati sebab selesa, reasonable price dan shuttle dia dia awesome sangat. Tak ada masalah langsung bagi kami. Turun ja, mesti ada shuttle dah tunggu. So highly recommended.
-Total for 9D8N: RM1173.76 + SAR172.13 (tambah lagi 1 malam, last minute punya plan)
Bilik sebesaqnya boleh book Agoda or booking.com or etc. Tapi sebab last minute sangat, susah nak jumpa bilik yang dekat dan harga mampu milik. Mostly 1k+ for one night..
TRANSPORT
- Airport transfer
Airport- Masjid Nabawi: Uber SAR50
Hotel-Airport: Uber SAR33
- MED-MEKAH
Bas SAPTICO SAR65/head (rujuk post ni
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228342952854861&id=1110836076&mibextid=Nif5oz )
Total 3 beranaks: SAR130
- MEKAH-MED
Speed Train SAR177
Total 3 beranaks: SAR362.25
- Hotel mekah-train station
Teksi SAR30
- Pergerakan dalam mekah
Kami guna makkah bus. FOC (Rujuk post ni: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228377986450679&id=1110836076&mibextid=Nif5oz)
- Ziarah Madinah
Kami guna hop-on hop off (Rujuk post ni
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228329256232454&id=1110836076&mibextid=Nif5oz)
SAR80/pax (Total: SAR160).
MAKAN
Untuk makan pulak, boleh kata kami akan brunch dan dinner. So main course cuma 2 kali/day
Average: SR50/day for 2pax + baby
Dekat bilik kami ada spare roti dan buah-buah.. roti kat sana sedap sangat dan buah pulak fresh. Apple tu crunchy sungguh krup krap krup krap.. teringat-teringat… Strawberry pun besaq-besaq manis dan murahhhhh… 1 pek SR5 jaaaa…
Makan best di Mekah boleh rujuk post ni:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228381921669057&id=1110836076&mibextid=Nif5oz
Kursus umrah
I dah pernah pi sebelum ni, so basic dah ada.. just refresh balik dengan bacaan dan jugak video dr YouTube dan facebook.
Kalau 1st time pi, memang kena attend kursus umrah yang official. At least basic ilmu kena ada.. bab rukun dan pantang larang ihram tak boleh amik ringan.
Ziarah Raudhoh, boleh rujuk sini:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228425657402423&id=1110836076&mibextid=Nif5oz
Money exchange
-Kami tukaq kat Malaysia Rate 1.14 (untuk permulaan kami tukaq dulu RM3029=SAR2657)
-Tukaq kat Madinah: Rate 1.18
-Cucuk guna ATM kat mekah: Rate 1.17
-Beli barang guna kredit card: Rate 1.16
Vaccination
Vaccine requirements sekarang dah tak compulsory. So it’s up to you nak amik ke tak. I cuma amik influenza ja.
Actually better amik meningococcal & pneumococcal sekali. Tapi sebab last minute sangat, tak dan amik pun.
Luggage
AOR-KUL (20kg/pax)
KUL-MED (30kg/pax)
Belah pi memang lepas, belah balik terlebih 10kg. So that luggage kami bawak naik atas.
Berat untuk Air zam-zam tak kira no… Consider FOC. (Ni post pasal air zamzam: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228404475352885&id=1110836076&mibextid=Nif5oz
Insurans
Bila kita buat visa, memang wajib beli insurance. So cost visa tadi memang dah termasuk insurance.
Tp i dah terrrbeli insurance lebih awal untuk permohonan keluar negara. Dan i beli Etiqa 360 (RM 129.51 for 3 of us).
Biasa kalau travel oversea mmg i guna etiqa 360 ni. Mudah…
https://www.etiqa.com.my/tripcare360-new/en/takaful/qq1
Telco
-Ada beberap pilihan eg mobily, zain n etc
-I amik zain pekej visitor SAR70
150 minit untuk panggilan tempatan dan antarabangsa
10 GB data
5 GB untuk media sosial (Facebook, WhatsApp dan Snapchat)
Sah selama 4 minggu
So average total RM9279 + SAR2500
~RM12,150 (2 Adults, 1 infant for 15days).
*Tak termasuk shopping
Alhamdulillah, tematlah pengembaraan terindah kami sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 19 tahun (kebetulan sebenaqnya )
Satu ja nak bgtau.. bila kita pi DIY ni esp bawak baby, both kena mainkan peranan. Semua benda mmg kami buat sama-sama and saling support each other.
Kita akan jadi kuat dan segalanya akan smooth bila hubungan kita dan DIA sangat kuat. Apa-apa pun, kita usaha selebihnya serah 100% dekat Allah.
Satu lagi kalau ada kawan-kawan atau sedara yang ke tanah suci minatk doakan kita supaya dijemput jugak kesana.. Insyaallah, one day Allah akan permudahkan.
Psst: Tolong jgn bandingkan dengan umrah melalui TA sebab TA provide service yang berbeza dan both mempunyai flexibility yang berbeza.
Kredit: Norazila Abdul Ghani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link