Pelaburan

Sambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana Samsudin

3j2Vv5yF Untitled design

rumahkabin black

Ulang tahun perkahwinan antara tarikh yang cukup bermakna bagi setiap pasangan suami isteri. Ia tarikh dan detik bersejarah yang akan dikenang buat selama-lamanya.

Bagi pasangan pelakon Fadzil Zahari dan Yana Samsudin, 13 Februari adalah satu tarikh yang cukup bermakna buat mereka berdua.

Disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 Februari 2015, tahun ini sudah lapan tahun usia perkahwinan mereka.

Melalui hantaran yang dicoretkan di laman Instagramnya, Fadzil berkongsi kisah bagaimana dia meminta izin daripada arwah bapanya untuk memperisterikan Yana.

Sambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana SamsudinSambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana Samsudin

Tak berkelip mata abang bila tengok balik kehenseman abang 8 tahun lepas, di tambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan sorang bangsa Johor..

Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, hiway jem 14jam ka, abang tak peduli.. walau sorang Utara sorang Selatan..

Waktu yana tengah sibuk kat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pi ke Yong Peng Johor.

abang cakap dengan abah yana.

“Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari”

Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah yana pencen askar tak belasah abang hahahhaha… suka hari ja lock anak dara dia camtu…

Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pukul ka apa, kami selamat bernikah 13 Feb 2015…

Know know dah 8 tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat…

Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah… dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.

Nota kaki: kawin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang..

Perkongsian Fadzil itu mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:

See also  Bomba menyelam dalam air kumbahan & arus deras cari mangsa tanah jerlus

Sambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana SamsudinSambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana Samsudin

 

Sambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana SamsudinSambut ‘Anniversary’ Ke Lapan Tahun, Fadzil Zahari Imbas Memori Merisik Yana Samsudin

Hasil perkahwinan selama lapan tahun, Fadzil dan Yana dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7 tahun dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link