Musim cuti sekolah ini apa kata kita cuba cara kelainan untuk sarapan pagi anak-anak. Menu apa? Kita ubah selera anak dengan pancake ala cereal atau bijirin yang cute. Anak mesti lagi teruja nak makan.
Namun perlukan usaha yang gigih demi untuk menambat hati anak. Jom cuba pancake dengan cereal comel yang dikongsikan oleh super daddy, Khairul Abdullah ini. Comel!
Nah, bagi yang dah boring makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Anak-anak pun teruja makan cara gini.
Nah resepi “Superdaddy Cereal Pancake” yang mudah yakmat.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum.
1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja.
1 sudu gula.
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu butter yang telah dicairkan.
1 sude kecil esen vanilla jika ada.
1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.
2. Pastu masukkan dalam botol gini. Kalau takde botol kau masukkan dalam plastik dan tebuk bucu bawah tu.
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
2. Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil.
3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.
Siap.
Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.
Tapi kan, bercinta jugaklah nak dapat semangkuk cereal tu. Empat round baru dapat semangkuk kecil. Kalau kau sejenis orang tak gigih, maka tak payah buat lah yer.
Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link