“Satu-Satunya Anak Saya, Tiada Gantinya,” Budak 2 Tahun Maut Dalam Kemalangan 5 Kenderaan. Sungguh ajal dan maut ketentuan tuhan. Tak puas lagi bermanja dan mencurah kasih pada satu-satunya anak yang ada, akhirnya anak telah dijemput ilahi.
“Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia.”
Demikian luahan hati Aizat Istamuel Amir Hamzah, 30, bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun, Gibran Alfarizqi yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, petang semalam.
Katanya, disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, anak tunggalnya itu pergi meninggalkan dirinya dan isteri, Farida Kurnianingsih, 36.
“Pada 19 Februari, jam 3.30 hingga 4.30 petang, kami sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang. Saya kehilangan anak yang saya cintai dan isteri saya kritikal patah di pelbagai anggota badan.
“Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada gantinya.
“Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar dan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohon Ada Rekod Rakaman Tampil Membantu
Justeru itu, Aizat memohon bantuan sekiranya ada individu yang mempunyai rekod atau rakaman ketika kejadian tampil membantu.
“Sebelum kemalangan saya melihat sebuah kenderaan berwarna hitam atau gelap memotong terlalu rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga mereka mengelak dan terbabas melanggar saya dan kereta di belakang.
“Saya mohon bantuan jikalau ada sesiapa yang ada dashcam atau lain-lain bukti atau saksi untuk tampil ke Balai Trafik Kota Tinggi.
“Pagi semalam saya membawa isteri dan anak bermain pantai di Desaru. Gibran sangat gembira bermain pantai dan mengatakan gembira bermain bersama mama dan papa,” katanya.
Memotong Kenderaan Tak Lepas
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, punca kemalangan disyaki memotong kenderaan tidak lepas.
“Nombor kenderaan tidak diketahui kerana kelima-lima kenderaan hilang kawalan akibat mengelak antara satu sama lain dari arah bertentangan.
“Polis dalam usaha mengesan saksi kemalangan membabitkan lima kereta yang mengorbankan kanak-kanak lelaki.
“Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-479 3329 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan kehilangan satu-satunya anak kesayangan.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link