Wanita yang mengambil jalan singkat untuk hidup bermadu sehingga sanggup digelar ‘penyondol’ merasakan mereka ingin menumpang kemewahan yang dimiliki suami.
Target utama mereka ialah golongan lelaki kaya. Ada yang sanggup bernikah di sempadan asalkan mereka bergelar isteri buat lelaki-lelaki kaya tersebut.
Selalunya lelaki kaya ini terdiri daripada suami orang, yang sudah stabil kehidupan mereka. Wanita-wanita ini sanggup melukakan hati kaum sendiri demi kepentingan diri masing-masing.
Tanpa sedar, ada juga lelaki yang sebenarnya hanya menumpang kekayaan si isteri. Akhirnya cita-cita si penyondol untuk menikmati kemewahan sang suami hanya tinggal angan-angan sahaja.
Begitulah yang terjadi pada seorag wanita seperti yang dikongsikan oleh Peguam Syarie Perundangan Islam Fahmi Ramli
Menyesal ‘rampas’ suami orang, rupanya tiada apa-apa pada lelaki itu.
Kalau cerita bab ni, saya percaya ramai wanita akan cakap padan muka. Tapi, ingat, ketika cerita ini dikongsi, niatnya adalah untuk beri peringatan baik kepada wanita-wanita yang ada niat untuk menjadi isteri kepada seseorang lelaki yang telah berkahwin.
Ada satu kisah dimana seorang isteri ini datang mengadu kepada saya untuk membuat permohonan fasakh iaitu membubarkan perkahwinannya dengan suami.
Wanita ini masih muda. Bawah 25, elok rupanya. Bila ditanya, berapa lama telah kahwin, katanya dalam setahun lebih. Rupanya berkahwin secara senyap di Sempadan Thailand sebab suaminya adalah ‘Suami Orang’.
Saya cakap, “Puan kena buat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dulu, baru boleh buat fasakh sebab sijil nikah siam puan tak terpakai di Mahkamah Malaysia ini”.
Saya tanya, kenapa pilih untuk kahwin di Siam?
Suami saya tak mahu isteri pertama tahu. Lagi pula, mereka dah berhubungan sulit selama beberapa tahun.
Wanita tersebut pada awalnya percaya bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang berharta. Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar date dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah Iphone 11.
Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.
Bila dah berkahwin ni baru tahu, rupanya lelaki tersebut tidak ada pekerjaan tetap, sebaliknya isterinya yang memiliki harta-harta termasuk kereta mewah sebelum ini.
Isteri pertama pun dah dapat tahu tentang perbuatan curang suaminya serta tahu tentang pernikahan ini. Dan isteri tersebut telah memfailkan perceraian.
Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di Mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.
Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya di mana bekas isteri menuntut nafkah anak, nafkah eddah, nafkah tertunggak dan mutaah.
Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.
Akhirnya, wanita ini menyesal dan minta kisah ini disampaikan kepada wanita-wanita lain agar menjadi pedoman kepada mereka.
Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja. Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul.
Ramai lagi lelaki single yang ok kat luar tu.
Bagi wanita-wanita yang masih single, cubalah elak untuk mencari calon suami daripada kalangan suami orang. Banyak masalah yang bakal dihadapi pada masa hadapan nanti.
Jangan kerana ingin menumpang ‘senang’ diri sendiri pula terpaksa menanggung kesusahan.
Tiada jalan singkat untuk hidup senang. Lebih elok kalau kita berusaha sendiri untuk mendapatkan kesenangan. Ia lebih bermakna daripada menumpang kesenangan orang lain.
Sumber: Peguam Syarie Perundangan Islam Fahmi Ramli Kredit foto (top image): Pexels
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link