Hartanah

Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000

Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000

rumahkabin black

Tiba sahaja hari Isnin, seringkali ramai diantara kita merasa begitu malas dan hilang mood untuk bekerja. Mungkin kerana penyakit Monday blues agaknya, sedangkan sewajarnya itulah hari yang perlu kita bergerak dengan aktif, bukan pasif.

ARTIKEL BERKAITAN : Majikan Lebih Suka Ambil Pekerja Lelaki Lepas Kerajaan Umumkan Kemas Kini Akta Ini?

Hal ini turut terpalit kepada seorang pekerja wanita bernama Celine Thorley.

Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000
Celine Thorley Foto Via Metro.Co.UK(Gambar: Facebook)

Pendandan rambut di Kota London ini dipecat oleh majikannya gara-gara selalu ambil cuti pada hari Isnin dan Selasa.

Namun, dia mendapat keadilan apabila mahkamah mengarahkan majikannya membayar pampasan 3,453 pound sterling (RM18,406).

Alasan Kukuh 

Menurut Metro UK, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.

Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.

Thorley, secara keseluruhan, dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa untuk bekerja di Acute Barbers di Cardiff University Students’ Union.

Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut dan majikan memberi alasan dia mengambil cuti lebih banyak berbanding pekerja lain.

Berpunca Dari Penyakit Endometriosis

Thorley memberitahu hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan.

Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000Gara-Gara ‘Monday Blues’, Pekerja Dipecat Dan Terima Pampasan Lebih RM18,000
Foto Via Pexels

Malah dia sendiri terpaksa meminta ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.

Thorley kini berada dalam senarai menunggu untuk berjumpa pakar sakit puan dan penyakitnya masih belum disahkan secara rasmi.

Apa Itu Endometriosis

Endometriosis terjadi apabila tisu daripada dinding rahim tumbuh pada bahagian lain dalam badan seorang perempuan. Pada setiap bulan, sel-sel ini akan memberikan reaksi yang sama seperti sel di dalam rahim. Ia akan membesar, mengecut dan mengakibatkan pendarahan. Bagaimanapun, tidak seperti darah haid yang keluar dari rahim, darah ini tidak mempunyai saluran lain untuk mengalir keluar.

Di antara simptom yang selalu dirasai oleh pesakit endometriosis adalah rasa sakit pada bahagian perut, haid berlebihan dan rasa penat. Mereka juga akan berdepan dengan masalah mengawal pundi kencing.

BACA LAGI : Haid Tak Teratur, Petanda Korang Mungkin Ada Endometriosis. Alert Simptom Ini!

BACA LAGI : Majikan Muda Stesen Minyak Taja Pekerja Senior Pakej Umrah, Juga Perkenal Anugerah Pekerja Ikut Prestasi

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link