Sejak akhir-akhir ini semakin banyak isu rumah tangga menjadi bualan warga maya apatahlagi jika ianya melibatkan selebriti. Bukan ‘main’ seronok lagi bila masing-masing bercerita tentang perihal rumah tangga orang seolah-olah tahu serba-serbi.
Tidak dapat dinadfikan, kisah pergolakan rumah tangga semakin mengungguli carian paling popular di internet terutama media sosial. Ada yang memuat naik status mengenai kecurangan pasangan, membuat ‘live’ di platform media sosial untuk meluahkan perasaaan, malah ada yang memuat naik bukti kesalahan suami atau isteri dengan alasan ia jalan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan.
Kisah-kisah rumah tangga begini memang menjadi perhatian ramai. Namun ia tidak wajar diperkatakan atau dijadikan ‘bahan membawang’ seolah-olah kehidupan masing-masing cukup sempurna.
Berikut perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli
Berhentilah dari mentertawakan rumahtangga orang, jodoh orang, pernikahan orang, perceraian orang. Berhenti juga dari dijadikan bahan penulisan dan ”mengumpulkan” banyak kata-kata tidak baik (sama-sama mentertawakan) perihal orang lain.
1. Seandainya kita sedang punya pasangan pada saat ini, syukuri lah. Jika kamu sedang memiliki maka hargailah ia dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kamu kehilangannya nanti.
2. Semua pasangan di dunia ini hanyalah bersifat pinjaman. Apa yang kita sedang lihat berlaku kepada orang lain, boleh berlaku kepada kita sendiri. Boleh jadi nanti. Boleh jadi esok. Mudah sangat bagi Allah untuk mengubah hati sesiapa pun, termasuk hati mu sendiri.
3. Kadang ujian datang kepada kita, hanya kerana kelalaian kecil yang pernah kita lakukan. Membuat jenaka tentang orang, menjadikan kisah hidup orang lain sebagai tulisan lawak. Padahal banyak perkara yang kita tidak tahu. Penilaian kita hanya dari apa yang kita baca dan ia tidak semestinya benar.
4. Seorang isteri memang sebaiknya manja dengan suami. Menjadi manja dengan pasangan bukanlah suatu hal yang bodoh. Suami sukakan isteri yang bijak, manja tetapi bertempat. Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah perbuatan yang sangat baik. Tidak ada yang lucu tentang itu. Isteri yang baik adalah isteri yang membahagiakan dan tenang apabila dipandang.
5. Jodoh, ajal dan maut, semuanya adalah ketentuan Allah.
6. Jangan pernah takut kehilangan orang. Kalau kita sudah berikan yang terbaik (semampu mungkin), bukan kita yang kehilangan mereka. Tetapi mereka yang kehilangan kamu. Teruskan menjadi seorang yang baik. Jadi “ex” yang baik.
7. Selalu ingatkan diri. Semua di dunia hanyalah pinjaman. Tidak ada yang abadi melainkan Allah. Dan ketidakabadian itu sendiri.
8. Hati-hati dengan penulisan. Boleh jadi ia menjadi timbangan yang membantumu ke syurga Allah.
9. Setiap kali membaca tentang ujian rumah tangga orang lain, segera berdoa agar kita dijauhkan dari hal yang tidak baik. Belajar memperbaiki diri dan bukan menghukumi. Kita semua tidak sempurna.
10. Satu hal yang lelaki harus tahu, bukan kekayaan yang menjadi buruan wanita matang. Tetapi keikhlasan, keperibadian yang baik, keimanan. Tidak juga berharap kepada kesetiaan, cukuplah dengan kejujuran dan keikhlasan. Tidak langsung memandang kepada rupa, yang penting hati yang mulia. Wang boleh dicari, asal dia rajin berusaha.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Kredit foto (top image): Pexels
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link