Pelaburan

Bakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi Bunga

Untitled design4

rumahkabin black

Untitled design4

Mandi bunga itu dikatakan membantu mengalirkan tenaga positif dan menaikkan seri wajah. Mandi bunga ialah perawatan kecantikan yang paling sering dilakukan oleh bakal ratu sehari.

Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk membuka aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah. Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.

Bakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi BungaBakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi Bunga
Kredit foto: Isidora Vujosevic from Pixabay

Dari segi amalan perubatan moden, amalan mandi bunga tidak dianggap memberi sebarang perubahan fizikal kecuali bagi menambah keyakinan. Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yang boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga di kalangan masyarakat Melayu.

Berikut beberapa tip buat bakal ratu sehari yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri
Bunga pelbagai warna (bunga Jasmine dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)
Elakkan bunga berwarna hitam
Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi
Satu botol air mawar
Dua biji limau purut

Bakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi BungaBakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi Bunga

KAEDAH PENYEDIAAN

  1. Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.

2. Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil.

3. Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.

4. Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.

See also  Tip Buat Roasted Chicken Yang Sedap Guna Airfryer, Pilih Bahagian Ayam Ini Lagi Nikmat Makan

5.  Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.

6. Rendam semalaman.

Bakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi BungaBakal Pengantin Yang Nak Nampak Berseri Masa Bersanding, Amalkan Mandi Bunga

CARA MANDI:

  1. Sebaiknya mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.

2. Seelok-eloknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.

3. Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman di bahagian tubuh sebelah kiri.

4. Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.

5. Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.

INFO LENGKAP TENTANG MANDI BUNGA DAN KEBAIKAN MANDI BUNGA ADA DI DALAM VIDEO SEPERTI DI BAWAH: 

fe59902bbd18f4aa323e344d98988a7cfe59902bbd18f4aa323e344d98988a7c

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link