Pelaburan

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

aSF2Vq4z Untitled design

rumahkabin black

Fenomena Aurora merupakan antara salah satu keajaiban di dunia ini. Bagi anda yang gemar mengembara tentunya ada dalam senarai ‘wishlist’ untuk melihat fenomena ini di depan mata sendiri bukan?

Ada tujuh negara kita berpeluang melihat fenomena Aurora Borealis iaitu di Norway, Iceland, Finland, Swedan, Canada, Alaska (USA) dan Rusia. Waktu terbaik untuk ke lokasi-lokasi tersebut ialah antara bulan September hingga April. Namun waktu yang paling ‘cantik’ untuk menikmati Aurora Borealis adalah pada bulan Disember dan Januari.

Menerusi perkongsian Azira Aziz yang kini menetap di Norway, selama 11 tahun berada di Norway, dia sebenarnya pernah melihat aurora di langit namun tidak menyedarinya. Malah Azira hanya menganggapnya sebagai awan biasa sahaja.

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Demi merealisasikan impiannya untuk melihat Aurora yang ‘sebenar’ maka wanita ini telah menyertai trip aurora. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kongsinya lagi, masing-masing menguji telefon bimbit dan kamera sementara menunggu Aurora muncul.

“Ketika itu jam 7.24 malam. Hampa. Bacaan KP pun 0 dan peluang tengok Aurora pun 0. Hmmm, takpalah. Kalau takde ni, kena mai balik semula hujung bulan oktober. Pasti ada aurora,” katanya.

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Perjalanan diteruskan hingga ke Skibotn Lyngenfjord. Ketika itu ujar Azira, banyak awan dapat dilihat. Azira dan rombongan tripnya menunggu sehingga setengah jam. Agak lama juga mereka berdiri. Ada juga yang sudah mula ‘membeku’ gara-gara lupa membawa sarung tangan, tertinggal sarung tangan di dalam van, lupa beli dan sebagainya. Kebanyakannya ujar Azira pelajar-pelajar dari Jordan.

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Tiba-tiba seorang daripada mereka bersuara kerana ternampak cahaya berwarna hijau. Azira segera menunjukkan gambar yang dirakamnya kepada pemandu pelancong. Ternyata memang itulah aurora yang masing-masing ingin melihatnya.

See also  Cikgu terkejut dapat hadiah lipstik mahal, terharu anak murid sambut hari lahir

“Semua peserta bersorak kerana kami berjaya ‘jumpa’ Aurora bukannya pemandu pelancong. Bangga jugalah kami ketika itu,” jelas Azira.

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Ujar Azira lagi, dia sempat berdoa agar diberikan peluang untuk melihat sendiri ‘kehadiran’ Aurora. Sebelum itu, setiap hari Aurora kelihatan di langit. Bacaan KP 9. Namun ketika rombongan Azira ke lokasi tersebut, cuaca agak buruk dan hari pula hujan. Awan pula penuh dilangit. Azira hanya mampu bertawakal sahaja. Alhamdulillah akhirnya hajat untuk Azira melihat sendiri Aurora akhirnya tercapai juga.

TIP UNTUK MELIHAT AURORA YANG DIKONGSIKAN OLEH AZIRA:

  1. Muatnaik aurora forecast pada telefon pintar masing-masing.
  2. Gunakan ‘night mode.’ Jika mahir menggunakan secara manual lebih bagus. Setiap telefon lain-lain fungsi.

Cuba:

Iso: 1600

Focus: manual

Speed: 4

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

Ada Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok AuroraAda Duit Lebih Boleh Pergi ‘Honeymoon’ Ke Norway, Seronok Dapat Tengok Aurora

  1. Kadang-kadang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan keliru aurora dengan awan.
  2. Pastikan langit cerah. Kurang awan lagi baik. Jika hujan peluang agak tipis.
  3. Walaupun ramalan Aurora cuma KP 0.33, tidak mengapa. Sabar dan terus berdoa agar berpeluang melihat Aurora.

Walau bagaimanapun anda harus bersedia kerana bukannya pasti Aurora akan memunculkan diri. Semuanya bergantung kepada keadaan juga.

Selain tempat-tempat yang disebutkan, Utara China, Scotland, Estonia, Faroe Island dan Ireland, Utara China juga antara tempat-tempat Aurora dapat dilihat namun begitu kebarangkaliannya adalah rendah. Pendek kata semuanya bergantung kepada nasib.

Sumber kredit: Azira Aziz

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link