Pernah Tinggal RM15 Sahaja, Tekad Tinggalkan Dunia Perbankan Untuk Berniaga, Kini Angel Group Berjaya Lahirkan Ramai Jutawan Menerusi Pelaburan Emas
Membuat sesuatu keputusan mengenai masa depan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan keluarga. Salah langkah, padahlah jawabnya.
Namun atas semangat dan juga tekad yang tinggi menjadikan wanita hebat ini sanggup melepaskan jawatannya sebagai seorang jurubank demi mengejar impian untuk mengubah kehidupan. Dari makan gaji kini beliau berada dalam satu fasa terjamin dan menjadi tumpuan ramai yang juga ingin mengubah taraf hidup.
Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution, Dr Rukhaidah Abd Karim yang ditemui di Majlis Makan Malam Gala Angel Group berkata dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja kerana niatnya hanya satu iaitu untuk membesarkan anak-anak selepas melalui fasa penceraian dalam rumahtangga termasuk minatnya yang mendalam terhadap bisnes selain mahukan masa yang lebih fleksibel.
“Saya bermula sebagai seorang jurubank, lompat dari satu bank ke bank yang lain. Bermula dari Affin Bank seterusnya ke Bank Bumiputera. Namun setelah itu saya mula tiada hati bekerja makan gaji, sampaikan bos pun tegur sama ada saya mahu bekerja atau meniaga.”
“Jadi saya buat keputusan untuk berniaga. Macam-macam bisnes saya buat, mula dari bisnes cybercafe dengan bermodalkan RM 200 ribu dilaburkan tapi akhirnya tutup.
“Seterusnya saya pernah buat bisnes spa, restoran, kuih raya, jual anak patung tepi jalan sampai kena halau balik tapi semuanya tidak menjadi.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Kata Dr Rukhaidah, setelah 2 tahun tidak berbuat apa-apa, pada tahun 2019 dia diperkenalkan untuk menyertai Quantum Metal oleh pengurus cawangan Bank Muamalat. Bermula detik itulah, ianya menjadi kerjaya hakikinya pada Mac 2020.
Di soal mengapa memilih emas, jelas Dr Rukhaidah “Allah berkata dalam Al-Quran, akhir zaman nanti hanya dua benda saja yang ada nilai, emas dan perak. Andai kita tidak berpegang pada perkara ini, memang rugi.
Dr Rukhaidah turut mengakui bahaya dia amat berpegang pada prinsip bersedekah dan keajaibannya walau ketika sedang susah, dia amat menerapkan amalan tersebut kepada keampat-empat anaknya.
“Satu ketika dulu, saya pernah hanya tinggal RM15 untuk ke KL bagi menghantar stok kuih raya. Ketika ingin mengisi angin kereta, ada seorang wanita dengan dua orang anaknya meminta kami duit. Tak makan dah beberapa hari dan suami pula sakit.
“Tanpa fikir panjang, saya sedekah RM15 tersebut dan tidak lama selepas itu saya mendapat panggilan ada seorang usahawan yang ingin menempah semperit dalam rm 28 ribu balang.”
“Rezeki milik Allah maka tiada pa yang perlu dirisaukan. Yang penting banyakkan doa, usaha dan tawakal. Allah memilih seseorang hambanya bukan saja-saja tetapi bersebab dan ia datang dengan tanggungjawab, jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Mengimbas kembali perjalanan hidupnya dari seorang yang biasa dan kini berjaya mengemudi syarikat dengan lebih 5000 penasihat dalam masa kurang dari 2 tahun dengan jualan mencecah RM3.3 billion untuk tahun 2022.
“Angel Group bermula pada tahun 2020 dan mula memperkenalkan Konsep QM pada masyarakat dan kini merupakan agensi terbesar di dalam organisasi tersebut.” kata Dr Rukhaidah yang turut mengatakan bahawa syarikatnya ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan mereka, dengan harapan menjadi agensi perkhidmatan emas fintech terbaik di dunia.
Jelas Dr Rukhaidah yang berasal dari Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ulu Langat ini, dia berazam untuk melihat lebih ramai orang berjaya dan mencipta aset menggunakan platform emas. Oleh yang demikian, dia sanggup untuk melatih beribu-ribu perunding melalui satu siri program latihan dan bimbingan bertaraf dunia di Malaysia dan luar negara.
Kejayaan Angel Group dapat dilihat pada Majlis Makan Malam Gala Angel Group yang telah diadakan baru-baru ini menyaksikan majlis glamour dan gemilang itu mengiktiraf pencapaian para ahli, ‘top performers’ sepanjang tahun 2022 temasuk meraikan konsultan, rakan usahasama perniagaan serta pihak-pihak berkepentingan sepanjang tiga tahun penubuhannya dengan majlis penganugerahan serta majlis makan malam yang bertemakan Bangsawan Emas.
Penganugerah istimewa ini diberikan pada lebih 200 individu mengikut kategori terdiri daripada Senior Merchant, Merchant, Dealer Developer, Dealer, Konsultan serta Ahli di bawah Angel Group Agency.
“Di kala pandemik melanda dunia, kami melihat bisnes Quantum Metal adalah peluang keemasan yang tidak boleh di pandang sepi. Solusi pemulihan ekonomi yang bersandarkan emas dengan menggunakan platform digital, patut diterokai.”
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Binti Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) turut hadir meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Makan Malam Gala ini.
Turut dilancarkan pada malam tersebut ialah laman sesawang Angel Group serta aplikasi, KiloGo yang bertujuan memperibadikan portfolio emas anda, menjadi alat pemasaran untuk semua konsultan, kalkulator zakat, panduan amaran harga serta membolehkan ahli-ahli menukar mata wang menjadi emas, memelihara dan meningkatkan kekayaan mereka. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara langganan di Google Play Store dan Apple App Store.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link