Kaum wanita bila ditegur bab berat badan, memang akan mengundang rasa tidak puas hati. Rasa kecil hati dan ‘marah’ itu akan berlebih-lebih lagi apabila yang menegur itu merupakan orang yang paling rapat dengan mereka seperti suami, ahli keluarga dan juga rakan rapat.
Jika para suami ingin menegur berat badan isteri, anda boleh cuba cara seperti yang dipraktikan oleh Aedam Corrie ini. Cara teguran yang dibuat oleh Adam kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad, sangat bersahaja.
Berikut perkongsian suri hati Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad seperti yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Mak ni tak pandai nak posing-posing maklumlah dah umur meningkat ni, yang ambil gambar ni .. cik suami… dia kata cepat posing.
Sempena hari wanita dia kata..Fateh & abah abah .. kalau mak ni pakai cantik je
Terus dorang puji.. tambah-tambah fateh..
Dia mesti suruh mak pakai lipstick , kasut tinggi, baju cantik-cantik kalau nak keluar. Kalau tak cantik., selambe je kata mak tak cantik.. mak gemuk ..
Cik suami pon sama.. dia kalau boleh nak pakai warna sedondon. Dia memang bagitau saya, dia suka saya pakai warna apa, tudung kena labuh tutup dada, baju labuh .. jangan singkat..
Kalau saya berisi dia siap ingatkan.. “sayang dah berisi.. kena workout ni”
Dia akan bagi semangat untuk saya kuruskan badan..
“sayang kurus ke, gemuk ke.. abah tetap sayang.. tapi kalau sayang boleh kurus.. sayang sihat.”
Sebenarnya, apabila suami hendak membuat teguran tentang sesuatu perkara melibatkan isteri, perlu ada caranya, bukan ‘main lepas’ sahaja. Dengan cara itu, tidaklah nanti yang ditegur berasa kecil hati. Se,moga bermanfaat.
Sumber: Instagram Puan Fazi Fuad
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link