Pelaburan

Rupanya Nasi Sejuk Bagus Untuk Diet & Kencing Manis

6081B1E5 6086 495B 83F6 86E93634E33E

rumahkabin black

Ramai kurang menggemari nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya jika dibandingkan dengan nasi panas?

Nak tahu lanjut ikutiperkongsian pakar kimia Fatimah Salim memberi penjelasan.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Tahukah anda nasi berlebihan yang sudah sejuk, selain dari dibuat nasi goreng, boleh buat macam-macam kalau kreatif.

Boleh buat apam nasi, lempeng, blend buat bubur, cengkodok, nugget, goreng buat inti popia, campur telur dadar, kukus atau renjis dengan air dan panaskan dalam microwave makan seperti biasa.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Kalau malas sangat, beli saja tepung cucur adabi dan campur nasi, boleh pilih versi manis atau masin. Ada yang rajin keringkan dan goreng buat bepang atau bertih.

Kebetulan cerita pasal nasi semalam atau nasi sejuk, jom baca info yang saya pernah kongsikan dulu pasal rendah indeks glisemik nasi yang sejuk jika dibandingkan nasi baru masak.

Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.

Semasa memasak nasi, kedua molekul kanji ini akan mengalami proses pengelatinan melalui tindakbalas air dan haba.

Iya, inilah proses perubahan rupa dan tekstur beras kepada nasi. Proses pengelatinan ini penting untuk proses pencernaan supaya mudah dicerna oleh enzim dalam sistem penghadaman kepada karbohidrat ringkas iaitu glukosa.

Molekul glukosa inilah yang akan diserap ke dalam darah. Semakin banyak molekul glukosa yang berjaya terhasil semasa pencernaan kanji, semakin banyak molekul glukosa yang akan berjaya diserap ke dalam badan, semakin tinggi indeks glisemik.

Indeks glisemik merujuk kepada kepekatan glukosa dalam darah setelah makan (postprandial glucose level).

Proses pencernaan karbohidrat bergantung kepada size makanan, jenis masakan, saiz suapan, daya kunyahan dan proses pencernaan dalam mulut oleh enzim amylase dan dalam usus kecil oleh enzim alpha-glucosidase. Namun, faktor yang paling utama ialah sifat kimia dan fizikal komponen kanji yang terdapat dalam makanan berkenaan.

Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal.

Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa.

Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.

Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak.

Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau orang lama panggil dengan istilah angin.

Menariknya sesetengah individu tidak terkesan dengan pengumpulan gas kerana kepelbagian jenis bakteria dalam usus besar mereka. Semasa proses penghuraian, jenis bakteria yang berlainan akan menghasilkan bahan kimia gas yang berlainan.

Bahan-bahan kimia gas ini akan bertindakbalas sesama sendiri dan saling meneutralkan. Maka, tiadalah gas yang terkumpul, tidaklah akan kembung.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan.

Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar.
Dan yang paling penting adalah JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Semoga bermanfaat!
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia

Sumber: Fatimah Salim

See also  Buat Sambal Hijau Petai, Cukup Nasi Putih Tak Perlu Lauk Lain

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Rupanya Nasi Sejuk Bagus Untuk Diet & Kencing ManisRupanya Nasi Sejuk Bagus Untuk Diet & Kencing Manis

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link