Semakin hari semakin banyak kes kecurangan terhadap pasangan yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Sama ada kes berprofil tinggi melibatkan artis, pempengaruh atau orang biasa gejala tidak sihat seperti ini bukan sahaja mampu meruntuhkan rumah tangga tapi boleh merosakkan masyarakat.
Salah satu lokasi di mana banyak kes curang ini berlaku ialah di tempat kerja atau pejabat. Tanyalah sesiapa sahaja kes ‘skandal’ satu pejabat kini seakan sudah menjadi perkara biasa berlaku dan sering kita dengar.
Tidak dinafikan kedua-dua jantina sama ada lelaki atau wanita ada peranan masing-masing untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Lebih menakutkan kes ‘skandal’ ini berlaku di antara kedua-dua individu yang sudah berkahwin dan mempunyai suami atau isteri!
Sebagai lelaki ada beberapa perkara boleh anda lakukan untuk elak terjerumus ke dalam skandal satu pejabat. Kalau sayang rumah tangga anda sila ikuti 10 tip di bawah ya!
1. GURAU ‘DOUBLE MEANING’
Elak buat jenaka double meaning. Bermula dari gurauan lucah ia boleh melarat kepada aktiviti menggoda satu sama lain. Bukan itu sahaja jenaka seperti ini kalau salah alamat boleh jadi kes gangguan seksual.
2. MAKAN TENGAH HARI
Jangan keluar makan tengah hari berdua dengan rakan sepejabat berlainan jantina. Apatah lagi kalau masing-masing sudah ada isteri atau suami.
3. HADKAN PERBUALAN
Hadkan perbualan sama ada telefon atau mesej whatsapp ketika waktu kerja sahaja. Bila di rumah fokus pada keluarga. Jangan melayan sangat karenah rakan sepejabat sama ada mereka manaruh hati pada anda atau tidak. Melainkan ada hal kerja yang benar-benar penting sahaja.
4. SIKAP PROFESIONAL
Bersikap profesional dalam pekerjaan dan jangan letak dalam hati semua perkara. Bila kerja kena kerja, letak ke tepi hubungan peribadi.
5. BAWA PASANGAN
Jika terpaksa outstation lama jika boleh bawa pasangan, bawalah bersama.
6. PENDENGAR YANG BAIK?
Kalau ada masalah rumah tangga jangan kongsi dengan rakan sepejabat terutamanya wanita yang baik dengan anda. Begitu juga sebaliknya, jangan baik sangat sampai sanggup jadi ‘penadah’ telinga mendengar masalah. Sudah banyak kes di mana tempat meluah itu akhirnya bertukar jadi sayang.
7. TERUS-TERANG
Andai seorang rakan sepejabat wanita cuba dekati anda dengan aura menggoda, berterus-teranglah anda tidak selesa dan minta dia hormati anda sebagai lelaki sudah berumah tangga.
8. JAGA EMOSI
Jangan letakkan emosi anda pada tempat tidak sepatutnya. Ingatlah anda bekerja untuk mencari rezeki demi keluarga.
9. SEBUT TENTANG ISTERI
Dalam perbualan bersama rakan-rakan keraplah tekankan bahawa anda adalah seroang suami orang dan sangat menyayangi hubungan itu. Itu sedikit sebanyak boleh menjauhkan anda dari sebarang cubaan.
10. MASA BERSAMA
Jangan luangkan masa berdua terlalu lama sama ada di ruang pejabat, kereta atau pun di kafetaria.
Semoga tip di atas boleh membantu anda untuk terus setia menjadi suami yang mantap dan setia!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link