Waktu berpantang sebenarnya dapat bantu ibu turunkan berat badan. Dengan pemakanan seimbang dan dimasak secara sihat, sedikit sebanyak membantu proses pembakaran lemak. Bayi yang disusukan juga akan mendapat khasiat yang cukup tanpa perlu ibu berdiet.
Tak perlu kawal makan pun, dengan cara masakan seperti direbus atau dipanggang, ibu dapat makan sedap tetapi lebih sihat. Susu yang dihasilkan juga lebih banyak dan berkualiti.
Baca Juga:
Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!
Resipi Sup Wantan Mudah. Hirup-Hirup, Bertambah Selera. Sesuai Buat Untuk Famili!
Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Aliyaa Malek telah berkongsi resipi kudapan yang boleh dinikmati bersama nasi putih mahupun bubur ketika ibu dalam pantang. Menambah rasa dan sedap dimakan begitu saja!
Ada yang tengah berpantang tak?
Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan 😅
LAUK PANTANG
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis
2) Bawang putih hiris nipis
3) Ikan bilis
4) Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa 😂)
Bahan perasa:
1) Lada hitam disangai & ditumbuk halus (secukup rasa)
2) Garam halus (secukup rasa)
Cara buat:
1. Gorengkan bahan digoreng. Apabila sudah sejuk, bolehlah gaulkan semuanya. Siap!
*Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Mmg membuka selera 🤗
Selamat mencuba!
Mudah sangat nak dibuat dan sesuai dimakan oleh ibu berpantng yang kurag selera makan. Rasa masin ikan bilis dan manis bawang akan menjadi bahan perasa semulajadi yang membangkitkan rasa mahu makan. Yang penting, simpakan dalam balang kedap udara supaya tidak ‘masuk angin’.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link