Pelaburan

Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!

s4TvcaQw Untitled design 3

rumahkabin black

Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik dan enak untuk dinikmati. Memang tak dinafikan, masakan timur banyak peminatnya dan sesuai selera orang Melayu.

Melalui perkongsian daripada Ben Safwan, bagi sesiapa yang mahukan rasa percik yang asli cara orang kampung harus cuba resipi ini. Selain itu, penggunaan bahan yang segar dan masakan ini perlu dimasak dengan teliti bagi mengekalkan kualiti dan hasil yang memuaskan.

“Aroma arang,ikan selar aduhai sedap. Semestinya dari tunjuk ajar mok”.

Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!

Kuah Percik Kelantan Warisan Mok

Bahan-bahan:

  1. 3 ulas bawang merah saiz 20 sen
  2. 1 sudu teh ketumbar disangai
  3. 1/2 sudu makan cili kisar
  4. 1/3 inci belacan
  5. 1/4 inci hirisan halia
  6. 1 ulas bawang putih kecil
  7. 1 batang serai diketuk

Cara Penyediaan:

– Kisar lumat semua bahan dengan 25ml air.

– Tuang dalam periuk. Tambah 200ml santan pekat. Letak serai. Perah asam limau nipis sehiris. Nak guna santan segar pun boleh.

– Tambah masuk 2/3 sudu makan gula, 1 sudu teh garam ,1 sudu teh serbuk perasa.

– Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul. Bila dah berbuih naik wap, tutup api. Siap.

– Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah percik yang sebenar.

– Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.

Bahan Perap Ikan:

  1. 700-900 gram ikan
  2. 3 ulas bawang putih sederhana
  3. 1 inci kunyit
  4. 1/2 inci halia
  5. 1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

– Kisar semua bahan lumat. Sapu pada ikan selar yang dikelar. Perap 40 minit minima. Letak dalam peti.

Ada tips nak dapatkan cantik seperti ini:

– 2 kali salutan kuah percik.

See also  Tip Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup & Wangi, Ikut Cara Chef Memang Menjadi

– Lepas bakar ikan atas arang hampir masak, cedok sapu kuah satu bahagian ikan,letak atas api sekejap dan teruskan salutan kali pada sebelah lagi serta proses sama.

Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!

– Masa cedok tu alas pinggan bawah. Untuk lapik kuah percik yang meleleh turun. Nanti boleh guna balik. Baru tak membazir.

Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!Rasa Asli Cara Orang Kampung. Lelaki Ini Kongsi Resipi Kuah Percik Kelantan Pekat Dan Kaw!

– Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik dan tak cantik.

Sumber: Ben Safwan

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link