Bumbung sekolah di Cheras runtuh
Ia disebabkan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan itu sejak Januari lalu.
KUALA LUMPUR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan itu sejak Januari lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata pada mulanya, pihak sekolah mendapati serpihan kecil simen jatuh dari bumbung di blok itu pada 12.40 tengah hari, sebelum mengarahkan bangunan itu dikosongkan.
“Pada 1.18 tengah hari semalam, runtuhan berlaku secara besar-besaran dan kami amat bersyukur kerana tiada guru atau murid yang berada di kawasan ini memandangkan kawasan ini merupakan tempat perhimpunan.
“Guru besar melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta bomba untuk memantau keadaan dan sekarang ini kita menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan seterusnya,” katanya di sekolah itu.
Lim berkata, pihak sekolah membuat laporan kepada PPD berhubung kerosakan struktur bumbung bangunan itu pada Januari lalu dan meminta penyelenggaraan dilaksanakan.
“Bulan ini, Jabatan Pendidikan Selangor menerima surat daripada PPD Hulu Langat, di mana sekolah telah memaklumkan kerosakan dan pihak kami bersedia membuat penyelenggaraan dan jumlah yang dianggarkan kira-kira RM450,000.
“Malangnya, belum sempat kita memulakan penyelenggaraan tersebut, bumbung itu runtuh dan ini akan menjadi projek lebih besar.”
Lim berkata, pihaknya akan meminta JKR menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas sekolah itu bagi memastikan keselamatan pelajar.
“Setakat ini, sekolah masih menjalankan sesi persekolahan dan kerosakan membabitkan dua kelas, makmal komputer, makmal sains dan beberapa bilik lagi.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source