Cerita Disebalik Lagu XPDC Monggol Dah Pulang?
Di luar goyang di dalam goncang
Belum berperang Monggol dah menang
Baghdad yang tercinta bagaikan bunga pudar serinya
Sinar tamadun bagaikan api disiram hujan
Tinggalkan bara menanti percik batu dilaga
Peminat-peminat muzik Rock tanah air mesti pernah dengar lagu ni. Monggol Dah Pulang daripada kumpulan XPDC ni ada cerita disebaliknya. Kota Baghdad dikepung dan dijarah Mongol pada 1258 M, bermula pada 29 Januari dan tamat pada 10 Februari 1258 M.
Kota Baghdad, pusat keilmuan dan kebudayaan terulung dunia. Kekayaan ilmu hasil dari aktiviti penterjemahan di Baitul Hikmah membuatkan ramai sarjana tertumpu di kota ini. Apa sahaja ilmu seperti astronomi, perubatan, matematik dan falsafah semuanya ada di Baghdad.
Abbasiyah berada dalam era kemerosotannya, walaupun begitu kekhalifahan mereka masih diakui emir-emir Ayubiyah di Syam dan Mamluk di Mesir.
Mongol sudah 20 tahun mahukan Baghdad. Kerap berlaku serangan berhampiran Baghdad namun semuanya dapat dipatahkan Abbasiyah dan usir Mongol keluar dari Iraq pada 1238 dan 1245.
Setahun sebelum kejatuhan Baghdad, Mongke Khan memberi mandat kepada Hulagu Khan untuk tawan Mesopotamia, Parsi dan Syria serta memusnahkan Baghdad. Khalifah Al-Muta’sim menolak untuk tunduk bawah kekuasaan Mongol.
150,000 orang tentera dikerah oleh Mongol. Turut disertai tentera Salib dari Armenia, Georgia dan Frank serta pakar-pakar artileri China mengikut catatan sejarawan Parsi Ata-Malik Juwayni.
Mongol menyapu saki baki Kerajaan Khawarizmi di Asia Tengah serta kumpulan Hasyasyin yang sebelum ini cuba membunuh Mongke dan Kitbuqa, panglima Hulagu.
Mongol menghantar utusan kepada al-Musta’sim suruh patuh kepada Mongike atau sedia terima akibat. Al-Musta’sim membalas semula dengan menolak semua tuntutan Mongol atas nasihat menterinya Ibnu al-Alkami. Mereka percaya seluruh dunia Islam akan datang membantu Baghdad.
Hulagu Khan membahagikan askarnya dan menyerang dari banyak arah. Al-Musta’sim menyerang dengan 20,000 tentera berkuda. Abbasiyah berjaya mengalahkan Mongol dalam satu pertempuran kecil.
Pasukan Abbasiyah meraikan kemenangan pada malam itu. Mongol pula menyelinap dan hancurkan tembok dinding sungai yang berfungsi elak banjir. Pagi tu, banjir kawasan pasukan Abbasiyah dan Mongol datang menyapu ranap tentera Abbasiyah.
12 ribu tentera Abbasiyah terkorban. Hanya 3 yang terselamat termasuk panglima mereka. Kali ni, takde langsung tentera Abbasiyah yang halang Hulagu masuk Kota Baghdad.
Persis lirik Monggol Dah Pulang:
Kemana hilang perwira kita
Penjaga kota
Kemana hilang panglima kita
Pembela Bangsa.
Mongol mengepung dan menyerang Baghdad dengan manjenik. Serangan demi serangan terus dilancarkan Mongol. Emir-emir Ayubiyah dan Mamluk tidak menghantar tentera mereka, mereka lebih mementingkan kedudukan mereka untuk dijaga. Khalifah al-Musta’sim cuba berdiplomasi dan gagal. Abbasiyah akhirnya menyerah kalah pada 10 Februari.
Tiga hari kemudian, pembunuhan beramai-ramai dilaksanakan Mongol. 500,000 hingga 2 juta rakyat Baghdad habis dibunuh tak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Khalifah al-Musta’sim dipaksa menonton pembunuhan tersebut dan akhirnya beliau serta ahli keluarganya dibunuh. Al-Musta’sim digulungkan dalam karpet lalu dipijak kuda-kuda Mongol sampai mati.
Istana, masjid, hospital dan perpustakaan paling masyhur di dunia waktu tu, Baitul Hikmah yang diasaskan Khalifah Harun ar-Rasyid dimusnahkan oleh Mongol. Semua buku yang dianggap Mongol sebagai sihir semuanya dihumban ke dalam Sungai Tigris. Dakwat-dakwat buku mengalir keluar menghitamkan air Sungai Tigris berbulan-bulan.
400,000 buah manuskrip sempat diselamatkan oleh Nasirudin Al-Tusi dibawa lari ke Maragheh sebelum pengepungan. Kejatuhan Baghdad dikatakan penyebab tamatnya zaman kegemilangan ilmu yang dipelopori umat Islam.
Kejatuhan Baghdad sangat mengejutkan dunia Islam. 2 tahun kemudian, maruah umat Islam berjaya diselamatkan selepas Mamluk menewaskan Mongol di Ain Jalut.
Hari dah siang mentari jelang
Monggol dah pulang, monggol dah pulang
Hari dah siang mentari jelang
Monggol dah pulang, monggol dah pulang
Artikel dikirimkan oleh Azizul Farhan untuk The Patriots.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source