JPJ nafi sekatan jalan raya punca motosikal terbabas
Ini susulan tular di media sosial kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ berada berdekatan dengan penunggang motosikal yang terbaring di atas jalan selepas terbabas.
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat sekatan yang dijalankan oleh jabatan berkenaan tiga hari lepas.
JPJ Selangor dalam kenyataan berkata, dakwaan itu tular di media sosial menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ berada berdekatan dengan penunggang motosikal berkenaan yang terbaring di atas jalan.
Kenyataan itu menjelaskan, dua pegawai berada di lokasi kejadian itu sebenarnya bertindak pantas memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas.
“Kejadian berlaku pada 5.40 petang, 28 Mac lepas, ketika sepasukan anggota JPJ Selangor sedang melakukan rondaan di sekitar KM 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Shah Alam.
“Apabila tiba di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal didapati terbaring atas jalan raya akibat kemalangan,” katanya
“Tanpa membuang masa, JPJ memberikan bantuan awal, mengawal lalu lintas di lokasi dengan meletakkan kon keselamatan serta terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan kecemasan paramedik.”
Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan sehingga terbabas, dan dia kini dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source