Tiga pencuci mulut Ini anak gerenti suka. Bila nak pujuk anak-anak berpuasa, kadang susah juga. Mak ayah kena bijak main peranan. Salah satu cara dengan menyediakan makanan kegemaran mereka untuk berbuka dan bersahur.
Selain itu, nak bagi mereka lagi bersemangat, boleh juga cuba resipi-resipi baru yang sedap dan dapat menarik minat mereka.
Tiga pencuci mulut ini anak gerenti suka iaitu Popia Pisang Mentega Kacang, Crepe Inti Kelapa Manis Marshmallow dan Tat Telur Seri Kaya Lemon. Cubalah!
Tiga Pencuci Mulut Ini Anak Gerenti Suka
POPIA PISANG MENTEGA KACANG
BAHAN-BAHAN:
9 keping kulit popia segera
5 sudu makan mentega kacang
3 biji pisang berangan
Gula perang secukupnya – boleh beli online di sini
Minyak untuk menggoreng secukupnya – boleh beli online di sini
Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
- Salut setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
- Ambil sekeping kulit popia. Sapukan ½ sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang disalut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
- Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila digoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
- Sejukkan sedikit dan sedia dihidangkan.
CREPE INTI KELAPA MANIS MARSHMALLOW
BAHAN UNTUK KULIT CREPE:
120 gram tepung gandum – boleh beli online di sini
440ml susu segar
3 biji telur
BAHAN LAIN:
Marshmallow – boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
125 gram kelapa parut
100 gram gula perang – boleh beli online di sini
80ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit crepe; Pukul rata telur dan susu segar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Ketepikan.
- Sapukan sedikit minyak di atas kuali leper tak melekat. Gunakan api kecil untuk mendapatkan suhu sederhana panas.
- Tuang lebih kurang 2-3 sudu makan adunan tadi dan ratakan. Apabila permukaan atas kelihatan sedikit kering dan masak. Angkat.
- Pastikan bekas untuk meletakkan crepe bertutup bagi mengelakkan kulit crepe kering sebelum proses menggulung.
- Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan berbuih.
- Kemudian masukkan kelapa parut dan gaul sekata hingga air kering dan kelapa lembap.
- Angkat dan sejukkan sebelum diletak di atas crepe.
- Ambil sekeping crepe, letakkan sedikit inti kelapa di tengahnya diikuti marshmallow. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan crepe dan terus gulung. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
TAT TELUR SERI KAYA LEMON
BAHAN UNTUK KULIT TAT:
70 gram gula ising – boleh beli online di sini
200 gram tepung gandum serba guna / red rose
125 gram mentega – boleh beli online di sini
1 sudu teh esen vanila – boleh beli online di sini
1 biji telur saiz C
BAHAN UNTUK INTI TELUR:
70 gram gula kastor – boleh beli online di sini
100 gram air
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila – boleh beli online di sini
100 gram susu segar
BAHAN UNTUK SERI KAYA LEMON:
3 biji kuning telur
1 biji telur
150 gram Gula kastor – boleh beli online di sini
100ml Jus lemon
Parutan kulit lemon dari dua biji lemon
40 gram mentega – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Gaul sebati gula aising, dan tepung.
- Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
- Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
- Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
- Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
- Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
- Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
- Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
- Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
- Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
- Sedia dinikmati.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Rai Hari Kegembiraan Tanda Syukur Dengan Bubur Merah Bubur Putih
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
https://www.rasa.my/wp-admin/post-new.php
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source