Sejarah mengabadikan Rom sebagai salah satu empayar paling hebat yang pernah wujud. Bangsa Rom menguasai Eropah dan Afrika Utara, membina jalan raya dan saluran air. Kuasa mereka menyebarkan bahasa Latin sampai jadi bahasa perantara. Tapi peliknya, empayar begitu agung tumbang dan binasa begitu cepat.
Kalau korang gemar baca sejarah, mesti kerap terserempak gambaran: “at the apex of its power”, “at the zenith of its glory” dan “at its greatest extent”. Ketiga-tiga ni bermaksud “berada pada titik sejarah paling hebat” (selalunya sebelum kejatuhan). Rom mencapai status ni semasa pemerintahan Trajan (98-117).
Bermula dari pemerintahan Commodus (177-192), empayar agung ni mula berantakan. Dan masuk jer abad ketiga, Rom makin lama makin menjadi bangkai hidup. Dalam sejarah Rom, ada satu babak dipanggil “Crisis of the Third Century”. Sebelum kita sembang pasal krisis ni, wajar kita cakap pasal “Year of the Five Emperors” dulu.
Sini korang boleh nampak kami bahagikan sejarah Rom ikut peristiwa: “Year of the Five Emperors” ni berlaku pada tahun 193. Sebaik sahaja Commodus dibunuh pada ambang tahun baru, Rom jadi gila. Asalnya Pertinax naik jadi maharaja. Tapi Praetorian Guard tak suka langsung pada dasar pembaharuan Pertinax.
Jadi mereka bunuh Pertinax. Lawak. Pembunuh Commodus dibunuh. Didius Julianus ganti Pertinax tapi digugurkan Septimius Severus tiga bulan kemudian. Dah Septimius naik, ada dua pencabar takhta timbul — Pescennius Nig-r (terpaksa censor) dan Clodius Albius. Rom dah kira dalam perang saudara. Septimius kemudian buat ‘kerajaan perpaduan’ dengan Clodius. Kedua-dua mereka kemudian patahkan Pescennius yang mati dipancung.
Selesai satu masalah. Beberapa dekad selepas tu, jadi “Crisis of the Third Century” pula. Kali ni Severus Alexander dibunuh tentera sendiri. Pada tahun 235, Severus menghadapi ancaman daripada Sassania dan puak-puak Germania. Baginda nak fokus pada Sassania betul-betul. Jadi baginda guna jalan diplomasi dan rasuah untuk mandulkan puak-puak Germania.
Tentera Rom bengang bila dapat tahu sebab bagi mereka, puak-puak Germania ni patut dihentam kerana berani langgar Rom. Jadi mereka berpakat sesama sendiri (ibu Severus masuk sekali) dan bunuh maharaja mereka. Mereka pilih Maximinus Thrax jadi maharaja baru.
Maximinus ni adalah komander salah satu bala tentera (legion). Baginda menjadi maharaja pertama daripada “kasta berek” (barracks dynasty). Bengap bab politik. Tiada penyokong. Beranak pun entahnya kat longkang (anak luar nikah) jer. Jadi mereka tak berkuasa seperti seorang maharaja. Mereka berkuasa bagaikan warlord yang menindas.
Penulis Pat Southern berkata dalam bukunya (The Roman Empire from Severus to Constantine), pihak Senat memang benci gila kat Maximinus. Sebab dia ni seorang peasant jer. Dan Rom mengulangi sejarah. Lepas Commodus dibunuh, berlakunya Year of the Five Emperors. Tiga tahun lepas Severus dibunuh, berlaku pula Year of the Six Emperors…
Tak perlu saya luaskan apa yang berlaku ketika Year of the Six Emperors. Korang dah tahu skripnya. Maximinus dibunuh. Pada tahun 284, Maharaja Diocletian naik takhta. The great Diocletian. Setelah berfikir panjang, baginda tahu kena buat satu benda… Rom kena dibelah Eastern Roman Empire dan Western Roman Empire. Kedua-dua empayar ni kena diperintah secara satu, melalui dua maharaja besar (Augustus) dan dua maharaja kanan (Caesars).
Selesai Crisis of the Third Century… tapi Diocletian rupanya sekadar menumpang nyawa jer. He only delayed the inevitable. Rom dibelah untuk mempertingkat keberkesanan. Tapi pembelahan ni sebenarnya makin lama makin jadi permanent. Dua Roman Empires ni makin jadi berbeza antara satu sama lain.
Diocletian mangkat pada tahun 311. Mengambil iktibar daripada Crisis of the Third Century (dan segala Year of Emperors bagai) serta Tetrachy (empat maharaja) Diocletian ni, ada seorang maharaja kanan yang berpendapat sistem ni takkan tahan lama. Maharaja ni dah terima hakikat:
- Tetrachy tak stabil
- Rom terlalu besar
Maharaja kanan ni adalah Constantine. Ya. Constantine the Great.
Constantine sendiri terpaksa menghapuskan pencabar takhtanya iaitu Maxentius. Perkembangan politik Rom kemudian berubah begitu ketara pada tahun 324. Itulah tahun apabila Constantine jadi “penguasa tunggal” Empayar Rom Agung (bukan Rom Timur jer). Jadi baginda buat keputusan:
“Daripada aku pening kepala menghadap bangsat-bangsat yang dok pulas tahi politik ni, baik aku keluar jer dari Rom,” fikir baginda.
Dan itu yang baginda buat. Baginda pindahkan ibu kota Rom daripada bandar Rom ke bandar Byzantium… membuka kota semula menjadi Constantinople yang menjadi kiblat sebuah kuasa.
Constantinople ni digambarkan terlalu indah sampai setiap bangsa ada nama tersendiri untuknya.
Nova Roma
Miklagard (bangsa Viking)
Tsargrad (Slavik)
Megalopolis (Greek)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Qunstatiniya (Arab)
The City of God (sebab Constantine peluk Kristian)
Dan atas sebab tu, kita tengok dalam sejarah ada “Empayar Rom Agung” (Greater Roman Empire) yang terpecah menjadi “Rom Barat” dan “Rom Timur”. Oleh kerana politik tak kesudahan selepas reform sekalipun, Constantine bangunkan “Rom Timur” sebagai “Byzantium Empire”. Seabad kemudian, Rom Barat collapsed buat selamanya.
Panjang betul ceritanya. Memanglah panjang. Sejarah Rom kot. Sebab tu buku KITAB TAMADUN ROM ni tebal gila. Mana nak dapat dengan harga Shopee ni pula kan? Boleh beli dah buku ni kat bit.ly/KitabTamadunRom
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source