Niat Puasa Ramadhan (Bacaan Arab dan Rumi)
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang wajib bagi kita berpuasa di dalamnya. Tidak dapat tidak seseorang muslim itu perlulah menahan diri daripada makan dan minum ataupun melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Salah satu perkara yang penting adalah niat puasa
Perkara ini merupakan hukum yang telah difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah Ayat 183.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Ayat Di atas dapatlah kita simpulkan bahawa orang-orang yang beriman itu perlulah berpuasa di bulan ramadhan sama seperti umat terdahulu. Allah menyatakan umat terdahulu kerana umat sebelum nabi Muhammad SAW juga telah disyariatkan berpuasa.
Oleh itu, kita meneruskan legasi amalan yang telah dibawa oleh umat sebelum ini
Niat Puasa Bulan Ramadhan
Mesti ramai yang sudah tahu niat berpuasa bagaimana. Akan tetapi mesti ada sesetengah daripada kita yang lupa kerana syariat berpuasa adalah setahun sekali.
Niat Puasa Harian:
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Niat Puasa Sebulan:
Jika anda bimbang terlupa untuk berniat puasa pada hari-hari yang mendatang, maka anda diperbolehkan untuk berniat puasa terus sebulan supaya ibadah anda masih diterima oleh Allah.
Niatnya adalah seperti:
Ertinya: Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
Niat adalah diperlukan bagi setiap amalan yang kita lakukan terutamanya amalan yang disyariatkan kepada kita. Jika tidak ia mungkin tidak dikira sebagai amalan oleh Allah SWT jika kita tidak melakukan niat puasa
Kepentingan Niat Puasa di Bulan Ramadhan
Niat merupakan sesuatu yang penting sehingga mana kebanyakan daripada Ulama hadith seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim meletakkan hadith berkenaan niat pada bab pertama sekali dalam kitab hadith sahih mereka.
Hadith tersebut adalah:
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Ertinya: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan”.
Disebabkan perkara tersebut, kita perlulah berniat untuk melakukan puasa di bulan ramadhan.
Niat bermaksud meletakkan ketetapan di dalam hati untuk melakukan sesuatu. Dalam hal puasa ini, kita kena meletakkan dalam hati kita untuk melakukan puasa di dalam bulan ramadhan.
Niat tersebut boleh dilakukan pada malam hari walaupun ia seketika sebelum terbit fajar.
Artikel berkaitan:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source