Puji suami & bapa yang baik, netizen minta Ellie Suriaty kahwini Farid Kamil
Kisah rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle berjaya mencuri perhatian ramai apabila aktres itu hadir ke mahkamah bagi memfailkan permohonan cerai secara tiba-tiba.
Situasi bertambah panas apabila keluar beberapa kenyataan berbalas daripada kedua-dua pihak di mana masing-masing cuba mempertahankan kebenaran ‘kisah sebenar’ pencetus konflik tersebut.
Konflik yang berlaku antara mereka berdua ini bukanlah mendapat perhatian warganet sahaja, malah rakan-rakan selebriti yang turut bersimpati dengan nasib menimpa pemilik nama Farid Kamil Zahari lebih-lebih lagi tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Nur Aurora,8 tahun.
Ini termasuklah pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar dengan menyifatkan Farid seorang suami yang baik dan penyayang terhadap dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Ellie menerusi ruangan komen di Instagram Farid turut memuji keperibadian aktor yang juga rakan gandingannya dalam filem Telaga Suriram.
“Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anaknya iaitu Che Mat dan Aurora… Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT,”tulisnya.
Malah, Ellie turut mendoakan segala urusan pelakon filem Anwar: The Untold Story itu dipermudahkan baik di dunia mahupun akhirat.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet termasuklah ada yang memintanya untuk berkahwin dengan Farid Kamil memandangkan dia memuji aktor itu sebagai seorang suami yang baik.
“Pergilah kahwin dengan Farid memandangan dia suami yang baik.
“Azri tak baik, itu yang bercerai kan. Orang luar tidak boleh berkata seseorang itu baik melainkan berkahwin dengan individu tersebut,”tulis pemilik akaun palsu.
Tidak berdiam diri, komen-komen yang dilontarkan oleh warganet mendapat respon daripada pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan meminta individu yang melontarkan fitnah agar mencari dia dan Farid untuk meminta maaf.
Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada aktor Azri Iskandar menyatakan dia hanya mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle, bukannya bersikap berat sebelah.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Malah, Farid juga didakwa mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu malah aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang.
Selain itu, Diana turut mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora mengalami trauma rentetan perbuatan Farid menengking dan memarahinya.
Bagaimanapun Farid tampil menafikan semua dakwaan dan tuduhan yang dinyatakan isterinya aktres Diana Danielle di Instastory semalam. Farid mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya bercanggah dengan laporan polis yang dibuat olehnya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Apa-apa pun, sebagai orang luar adalah tidak patut sekiranya kita melontarkan sesuatu dakwaan atau spekulasi tanpa sebarang bukti kukuh, lebih-lebih lagi tidak hidup bersama dengan mereka.
Diharapkan agar masalah rumah tangga Farid Kamil dan aktres jelita, Diana Danielle Danny Beeson dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan perkembangan anak-anak.
Sumber: Instagram @faridkamilz
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source