Air Vanilla Blue with Ice Cream, Resipi Mudah Tapi Nikmat Tak Terperi
Menggoda betul air warna biru laut ini. Air Vanilla Bue with Ice Cream ini tambah menarik disebabkan ada tambahan aiskrim. Dah boleh bayangkan tak rasanya?
Sedap dinikmati lagi-lagi ketika cuaca panas. Ketika berbuka puasa pun lagi menarik. Memang jadi tumpuan sahaja, disebabkan warnanya tu.
Jom ikuti perkongsian resipi air Vanilla Blue with Ice Cream yang sangat menarik ini daripada Nordiana Ab Kadil. Tak sabar nak buat.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan air masak
5 sudu teh esen vanila (sukat guna penutup botol esen vanila) – Boleh beli online di sini
½ tin susu pekat – Boleh beli online di sini
1 tin susu sejat cair – Boleh beli online di sini
1 sudu teh pewarna biru (sukat guna penutup botol pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim perisa vanila
CARA MEMBUAT:
Campurkan air masak bersama dengan esen vanila, susu pekat, susu cair dan pewarna biru. Kacau rata sehingga semuanya sebati.
Kemudian, masukkan ke dalam jag.
Masukkan ais secukupnya. Kacau lagi.
Letakkan aiskrim perisa vanila menggunakan scoop di atasnya.
Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Nordiana Ab Kadil
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan
Sedapnya Makan Kerabu Suun. Masam, Rangup, Lembut Semua Cukup
Cara Masak Gulai Tempoyak Telur Goyang Paling Sedap, Mudah Je Resipinya
Peminat Lauk Sotong? Ini Sotong Sumbat Masak Merah, Resipi Khas Untuk Anda!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source