China kenakan sekatan institusi AS, pegawai Taiwan
Kementerian Luar China mengenakan tindakan terhadap institusi AS, Hudson Institute dan Reagan Library serta pengarah mereka.
ISTANBUL: China mengenakan sekatan ke atas dua institusi Amerika Syarikat (AS) dan kakitangan mereka kerana menjadi tuan rumah kepada Presiden Taiwan Tsai Ing-wen semasa beliau transit ke Amerika Tengah.
Menurut Kementerian Luar China, tindakan telah diambil terhadap Hudson Institute dan Reagan Library serta pengarah mereka.
Hudson Institute di New York menganjurkan acara penyampaian anugerah kepimpinan global kepada Tsai pada 30 Mac semasa lawatan 10 harinya ke Amerika Tengah.
Sekembalinya dari Guatemala dan Belize, dua daripada 13 sekutu diplomatik Taiwan, satu pertemuan antara Tsai dan Speaker Dewan Rakyat AS Kevin McCarthy berlangsung di Reagan Library, California AS, lapor Anadolu Agency.
China berkata, kedua-dua institusi Amerika itu dilarang daripada mengadakan sebarang pertukaran, kerjasama dan aktiviti lain dengan mana-mana individu, universiti atau institusi di wilayah Beijing, termasuk Hong Kong dan Macau.”
Hartanah mereka di China, jika ada, juga dibekukan.
Selain itu, nama Sarah May Stern dan John Walters, pengerusi dan presiden Hudson Institute, serta John Heubusch dan Joanne Drake, pengarah eksekutif, dan ketua pegawai pentadbiran Yayasan dan Institut Presiden Ronald Reagan, disertakan dalam senarai sekatan ke China.
“Tanpa menghiraukan representasi berulang China, AS berkeras untuk membenarkan pemimpin Taiwan Tsai Ing-wen untuk transit di AS untuk terlibat dalam aktiviti politik dari 29 hingga 31 Mac dan 4 hingga 6 April 2023,” kata Kementerian Luar China.
Beijing juga mengenakan sekatan ke atas wakil Taiwan ke AS, Bi-khim Hsiao, melabelnya sebagai “pemisah kemerdekaan Taiwan yang tegar.”
Hsiao dan ahli keluarganya dilarang sama sekali memasuki tanah besar dan wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Macau, dan Beijing menghalang penaja kewangan dan perniagaan berkaitannya daripada bekerjasama dengan organisasi dan individu tanah besar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source