Kehadiran Aedy Ashraf temani Amelia Henderson di mahkamah jadi sorotan
Kes mahkamah melibatkan pelakon terkenal, Amelia Henderson dan Datuk A. Aida nampaknya tidak berpihak kepada selebriti tersebut apabila dikehendaki membayar lebih RM200,000 kepada penerbit drama Sekali Lagi Cinta itu.
Walaupun dia tewas di mahkamah, namun Amelia ketika ditemui oleh media mengatakan yang dia tetap ‘menang’ apabila ditemani oleh orang tersayang sewaktu hadir ke Mahkamah Sivil Kuala Lumpur semalam.
Antara yang menjadi sorotan ramai sudah tentu kehadiran aktor kacak, Aedy Ashraf yang sama-sama memberikan sokongan kepada teman rapatnya itu.
Video-video kehadiran Amelia berserta ibu dan adiknya menjadi tular apabila Aedy yang bersut mengekori mereka dibelakang.
@aemeliath “dia selalu ada utk saya , begitu juga saya utk dia”-amelia henderson 🫀 #aedyxashraf #ameliath #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson #aemelia #foryoupage #fypシ #viral #couple
Potongan-potongan video yang dibuat oleh peminat pasangan itu telah mendapat perhatian ramai dan akaun tersebut dikenali sebagai @aemeliath itu turut menulis kata-kata yang pernah diucapkan Amelia sewaktu ditanya tentang hubungannya dengan Aedy.
“Dia selalu ada utk saya , begitu juga saya utk dia” tulis kapsyen tersebut memetik kata-kata yang pernah diucapkan Amelia.
@aemeliath “Dan andai kata kalau ditakdirkan stu hri nnti yang awak dah tak boleh berjalan , awak terpaksa duduk setempat , awak tak boleh nak berdiri , saya nak awak tau saya akan ada untuk awak hulurkan tngan mcm ni supaya awak boleh bangun , berjalan ataupun berlari sekalipun” #aedyxashraf #ameliath #aedyamelia #aemelia #ameerlee #couple #foryoupage #fypシ #viral
Semalam, A Aida mengalirkan air mata selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi.
Amelia dan seorang lagi pelakon, Idris Khan sebelum ini berdepan tindakan saman dari A.Aida apabila melanggar kontrak perjanjian drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang sudah ditandatangani.
Disebabkan itu, A.Aida selaku penerbit dan pengarah drama berkenaan sepakat membawa hal tersebut ke muka pengadilan.
Walau bagaimanapun, Idris Khan dan A. Aida mengambil pendekatan untuk berdamai serta menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk meneruskan perbicaraan.
Sumber: TikTok @aemeliath
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source