Setuju berpisah! Sarah, Syamsul sempat iftar bersama – “Dia akan tarik balik kes nusyuz”
Konflik rumah tangga antara pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing sepakat untuk membubarkan perkahwinan mereka pada 18 April ini.
Menurut laporan mStar, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia dan Syamsul membuat keputusan tersebut dalam keadaan tenang ketika mereka bertemu dan berbuka puasa atau iftar semalam.
“Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah berbincang dan mencapai kata sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan.
“Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian mendengar keputusan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 24 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu mengakui tidak menyangka akan terbuka hati untuk bersemuka suaminya yang juga pengarah popular dengan menyifatkan ia adalah berkat di bulan mulia.
“Saya pun tak tahu apa yang membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam. Bagi saya mungkin dengan berjumpa kami boleh selesaikan semua masalah termasuk hal berkaitan penjagaan anak dah nafkah,” ujarnya.
Dalam pertemuan tersebut juga, Puteri Sarah berkata pengarah filem Mat Kilau itu akan menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadapnya sebelum ini.
“Syamsul akan tarik semula kes nusyuz. Hal berkaitan hak penjagaan anak pula akan direkodkan dalam sebutan pada 18 April nanti.
“Kami (akan) berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Syamsul mengaku sudah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand yang berwakil walikan bapa wanita terbabit, aktor Kazar Saisi.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Sumber: mStar (Amin Hazlan), Instagram Puteri Sarah & Syamsul Yusof
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source