Tiada dendam, raya saya akan lebih gembira dan tenang
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April sebagai tarikh lafaz cerai daripada suaminya Syamsul Yusof.
Menurut laporan Kosmo!, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia bersyukur urusan permohonan perceraian mereka dipermudahkan selepas melalui ‘turun naik’ mahkamah.
Foto: Utusan
“Saya tak mahu bermusuh dan berdendam. Itu sahaja. Sebelum ini banyak benda tak terjawab. Sekarang ini sudah diperincikan semuanya. Saya hanya mahu ketenangan. Alhamdullillah saya sudah dapat,” katanya.
Mengulas lanjut, Puteri Sarah seolah-olah sudah dapat membayangkan ketenangan dan kemeriahan yang akan disambut bersama anak-anak serta ahli keluarga menjelang Syawal nanti.
“Sambutan raya saya akan lebih gembira dan tenang. Anak-anak juga tiada masalah beraya dengan bapa mereka. Kalau Syamsul beri kerjasama, saya pun akan beri kerjasama.
“Tiada apa nak dimusuhkan dan bergaduh. Semua sudah selesai, demi kebaikan anak-anak. Saya okey sahaja, saya tak nak lebih-lebih pun. Yang penting dia pun dapat jumpa anak,” ujarnya.
Selepas prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini, kedua-duanya sudah mencapai kata-kata sepakat berhubung penyelesaian tuntutan perceraian.
Foto: mStar
Terdahulu, sesi pendamaian pasangan itu melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) tidak menemui jalan penyelesaian pada 24 Mac lalu.
Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source