Zizan Razak nafi ‘mengorat’ Hawa Rizwana, anggap tak lebih daripada seorang adik
Sebelum ini, pelakon dan pengacara popular Hawa Rizwana mendedahkan hubungannya dengan pelawak Zizan Razak hanyalah sebagai seorang abang dan adik sahaja.
Terbaharu, pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak turut menegaskan perkara yang sama mengenai hubungan mesra mereka sehingga telah disalah anggap oleh segelintir warganet.
“Bagi saya tak ada apa pun. Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik.
“Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya ‘adik-zone’ dia,”ujar Zizan.
Tambah pelakon berusia 39 tahun, hubungan mereka hanyalah sekadar berkawan dan dia tidak pernah sesekali cuba ‘mengorat’ pengacara sebuah rancangan hiburan Meletop.
“Kami tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu memberitahu dirinya tidak berkecil hati meskipun ramai di kalangan peminat cuma mengaitkan dirinya menjalinkan hubungan dengan mana-mana selebriti wanita.
Zizan berkata, dia hanya melayan setiap ‘impian’ peminat sahaja setiap peminat sekiranya dengan itu ia mampu membuatkan orang gembira.
“Kalau nak kata penat tak boleh juga. Spekulasi itu boleh buat orang gembira. Peminat ada impian pasangan pilihan mereka masing-masing. Saya ada juga cakap dengan Hawa, layankan jelah.
“Di kala industri penuh dengan cerita sensasi, kita beri ‘bunga’ kepada peminat. Tak berkecil hati pun. Saya sendiri pun masih solo, sibuk dengan kerja,”ujar
Sementara itu, Zizan mengakui dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan pilihan mereka. Bagaimanapun, aktor kelahiran Terengganu ini hanya mampu menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
Sumber: Utusan Online (Alif Fadli Mohd Sori)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source