“Baru sikit kamu menapak, jangan sesekali mendongak tinggi”
Pelakon Rita Rudaini, dia telah menitipkan kata-kata nasihat khas buat anaknya itu susulan kejayaan yang dikecapi oleh anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 47 tahun itu di laman Instagramnya, dia menyifatkan kejayaan yang dimiliki Ryan sehingga menerima anugerah di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Negeri Sembilan.
Jelasnya, ia merupakan satu permulaan sebagai seorang lelaki ketua keluarga malah, perjalanan kehidupan anaknya itu lagi masih jauh.
Bukan itu sahaja, dia berharap agar anaknya tidak melupakan diri dengan kejayaan yang digenggam kerana tidak mahu insan tersayangnya tersalah memilih haluan untuk menjadi seorang insan yang hebat suatu hari nanti.
“Permulaan perjalanan seorang lelaki sebagai ketua keluarga dalam hidup kami bertiga…masih jauh perjalanan mu Anak. Baru sedikit kamu menapak, jangan sesekali kamu mendongak tinggi.
“Ingat pesan mommy, selalu lah melihat kaki mu melangkah…agar tidak tersalah haluan dan tersesat jalan…..terbanglah tinggi dan inilah waktu untuk kamu menyinar, Ryan saya,” titipnya di ruangan kapsyen.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak pada tahun 2008.
Namun begitu, pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: Instagram @ritrud727
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source