Air Terjun Bukit Perangin, Changlun, Hidden Gem Wajib Explore. Cantik Macam Dalam Filem Fantasi!
Changlun yang terletak 42 km dari Bandar Alor Setar adalah sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Changlung yang berasal daripada Bahasa Thai yang membawa maksud Gajah mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Salah satunya adalah Air Terjun Bukit Perangin.
Umpama permata tersembunyi yang ada di sana, perjalanan yang agak mencabar ke sini memang berbaloi.
Perjalanan selama dua jam pendakian untuk sampai ke air terjun super cantik ini ternyata berbaloi. Bawa makanan dan kelengkapan lain untuk piknik kat sini. Dah penat hiking mesti seronok dapat makan dengan view yang super cantik ni kan.
Terdapat dua pilihan jalan untuk sampai ke sini, pertamanya adalah melalui Wang Perah atau anda boleh melalui Changkat Setol untuk sampai ke sini.
Bagi yang sukakan aktiviti alam seperti hiking, tempat ini wajib anda singgah. Bukan sahaja tempatnya cantik dan masih terpelihara, pasti yang sampai ke sini akan rasa teruja, hilang segala penat jerih untuk sampai ke sini. jadi jangan lupa ya singgah ke Air Terjun Bukit Perangin jika anda berada di Kedah atau datang ke Changlung.
The post Air Terjun Bukit Perangin, Changlun, Hidden Gem Wajib Explore. Cantik Macam Dalam Filem Fantasi! appeared first on LIBUR.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source