“Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya”
Artis versatil Ifa Raziah sibuk mengadakan acara karnival beli-belah terbesar negara, Starvendor dalam usaha mencari rezeki sekali gus turut membantu rakan seindustri menjual jenama dan produk mereka.
Menurut laporan Utusan, bagaimanapun terdapat segelintir pihak mempersoalkan niat murninya kerana kebaikan dilakukan tidak seiring dengan penampilan disebabkan masih belum berhijab dan berpakaian ketat.
“Bab ini susah mahu jawab. Mungkin belum sampai waktu. Saya tahu, memakai tudung adalah wajib. Tetapi itu antara saya dengan Tuhan. Doakan saya.
“Tetapi segelintir netizen kita memang suka menghukum. Yang seksi, tak pakai tudung, semua jahat bagi segelintir mereka. Siapa kita nak hukum manusia lain?
“Kenapa kita mahu buat kerja Tuhan? Belum tentu yang bertudung itu baik, begitu juga sebaliknya. Soal keikhlasan hati, hanya Tuhan sahaja tahu,” katanya.
Pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan berusia 47 tahun itu berkata, dia seolah-olah sudah ‘kebal’ dengan kecaman orang ramai membabitkan setiap tindakan dilakukannya.
“Saya ini sudah lali tahu dengan semua kata-kata nista. Dah jadi makanan rutin pun ada. Apa sahaja saya buat, ada yang mengata. Tidak berkecil hati langsung sebab saya tahu ada segelintir kita suka menghukum.
“Sampai masa nanti, bila saya pakai tudung, jangankan setakat dada, mata pun saya akan tutup. Saya akan berubah drastik itu. Tetapi hanya Tuhan sahaja yang akan menggerakkan hati saya,” ujarnya.
Namun begitu, Ifa menafikan dia sukar menerima teguran namun sekiranya mahu memberikan nasihat, ia perlu dilakukan dengan cara yang berhemah.
“Saya ini manusia biasa, yang ada salah silapnya. Saya terima teguran tetapi janganlah menghina. Nak tegur secara baik, niat ikhlas saya terima. Saya boleh bersahabat dengan mereka.
“Tetapi kalau tegur sehingga seolah-olah ada cop mohor masuk syurga, itu tak boleh. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Doakan sahaja yang baik-baik untuk orang lain,” kongsinya.
Sementara itu, dia turut mengulas tindakannya sebelum ini yang muat naik gambar memakai telekung di media sosial sehingga dikatakan kononnya menunjuk baik.
“Saya tahu, perasaan suka itu memang tidak boleh dipaksa. Tetapi saya tak pernah suruh atau minta mereka suka saya. Saya tidak ada hak itu. Kalau nak suka, silakan. Tak suka, sila berundur.
“Tak perlu pun nak mendoakan perkara buruk atas orang lain. Kita dapat apa? Ada yang persoalkan tentang niat dan keikhlasan. Anda Tuhankah? Malaikatkah?
“Hanya Tuhan sahaja yang tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. Kita tidak ada kuasa untuk menentukan syurga neraka untuk orang lain. Saya sendiri tahu khilaf dan dosa,” katanya.
Sumber: Utusan (Aliff Fadli Mohd. Sori), Instagram Ifa Raziah
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source