Sivakumar tak perlu cuti, kata PM
Anwar Ibrahim berkata V Sivakumar baru dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan untuk Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bercuti susulan siasatan rasuah yang menyaksikan beliau dipanggil pihak berkuasa.
Anwar berkata, Sivakumar baru dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan meminta tidak timbul sebarang telahan terhadap siasatan yang sedang berjalan berkait isu itu.
“Ini baru siasatan, belum ada pertuduhan terhadap beliau (di mahkamah).
“Siasatan dalam proses, serah pada SPRM. Kalau ada pendakwaan itu soal lain. Saya tak boleh buat telahan awal,” kata Anwar dalam satu program di Kuala Lumpur.
Anwar turut menegaskan kerajaan pimpinannya tegas dengan prinsip dalam soal tatakelola dan banteras rasuah, tanpa mengira latar belakang dan parti politik individu yang disiasat atau didakwa itu.
Semalam, SPRM memanggil Sivakumar untuk diambil keterangan susulan penahanan beberapa pegawai di pejabatnya berhubung kes pengambilan pekerja asing.
Terdahulu, terdapat laporan rumah dan pejabat menteri itu digeledah SPRM tetapi dinafikan Sivakumar.
Ahli DAP itu berkata, beliau sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penahanan itu. Katanya, tangkapan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan apabila ada aduan dibuat kepada SPRM.
Pada Jumaat, SPRM menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan ke atas kelulusan kuota pekerja asing.
Sehari sebelumnya, agensi anti-rasuah itu menahan salah seorang pegawai kanan Sivakumar, bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source