Menu Siswa Rahmah ditawar serendah RM3.50, ternyata bantu ringankan beban
Seramai 20,000 pelajar dari golongan kurang berkemampuan B40 yang kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) seluruh Sabah menerima manfaat daripada pengenalan Menu Siswa Rahmah (MSR).
Apa yang lebih menguntungkan Menu Rahmah ini dihidangkan dengan harga berpatutan iaitu serendah RM3.50 yang pastinya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar IPTA dari keluarga kurang berkemampuan.
Memetik kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), program MSR di IPTA Sabah ini melibatkan pemberian moratorium atau pengecualian bayaran sewa premis mahupun bayaran utiliti oleh pihak universiti dan politeknik.
Ia sekaligus melibatkan 22 pengusaha kafetaria, kiosk, gerai dan penyedia perkhidmatan makanan sedia ada dan baharu di dalam kampus.
Bukan itu sahaja, program ini bakal memberi manfaat kepada 3,779 pelajar di UiTM Kampus Kota Kinabalu dan 161 daripada UiTM Tawau, 11,968 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan 3,713 orang pelajar di Politeknik Kota Kinabalu serta Politeknik Sandakan.
Apa yang lebih menguntung apabila pihak UiTM Kampus Kota Kinabalu Sabah turut menyediakan hidangan nasi percuma sebanyak dua kali sehari kepada pelajar mereka.
Ini bagi membolehkan para pelajar dapat berjimat dengan hanya membeli lauk sahaja di kafeteria selain mendapatkan keperluan nutrisi asas seperti karbohidrat, protein dan serat yang lengkap dalam piramid pemakanan harian.
“Selain daripada penjimatan kos sara hidup, pelaksaan Dapur HEP ini telah membuka peluang kesukarelawanan dan menggalakkan amalan saling bant-membantu di kalangan para pelajar berdasarkan konsep ‘Dari Pelajar untuk Pelajar,”ujar KPT dalam satu kenyataan.
Untuk pengetahuan, pelaksanaan MSR ini merupakan komitmen KPT untuk menyokong inisiatif Rahmah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang bertujuan membantu golongan terkesan dengan lonjakan kos sara hidup.
Selain itu, ia juga bagi memastikan kelangsungan kebajikan pelajar IPTA golongan B40 terus dijaga dan proses pembelajatan dan pengajaran mereka tidak terjejas.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato; Mohammad Yusof Apdal berkesempatan hadir membuat tinjauan pelaksanaan MSR di UiTM Kampus Kota Kinabalu selain menyampaikan sumbangan.
“YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan 1,000 kg beras yang boleh menyediakan lebih 6,600 hidangan nasi daripada KPT sebagai tanda sokongan terhadap pengoperasian inisiatif Dapur HEP,”ujar kenyataan.
Turut hadir bersama YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg Prof Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source