Loke nafi pemimpin DAP bakal dipanggil SPRM
Setiausaha agung DAP itu berkata laporan akhbar tersebut tidak menamakan mana-mana parti.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook menafikan spekulasi bahawa pemimpin dari parti itu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sejumlah besar wang yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Ketika ditanya mengenai laporan Utusan Malaysia bahawa seorang pemimpin politik akan dipanggil, Loke berkata, laporan itu tidak menamakan parti mana.
“Setakat ini saya tidak dipanggil,” katanya dalam sidang media di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Terdahulu, SPRM berkata, agensi itu akan memanggil beberapa saksi, termasuk pemimpin parti politik, bagi mendapatkan maklumat berkait wang itu.
Walaupun akhbar itu tidak menamakan menteri terlibat, hari ini Menteri Sumber Manusia V Sivakumar disoal-siasat buat kali kedua oleh SPRM berhubung siasatan kes pengambilan pekerja asing.
Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP.
Sementara itu, Loke yang juga menteri pengangkutan berkata, beliau tidak fikir Presiden MCA Wee Ka Siong faham penjelasan beliau mengenai harga tiket penerbangan yang didakwanya mahal.
Bekas menteri pengangkutan itu dan Loke berbalas kenyataan berhubung tambang penerbangan domestik selepas Wee mendedahkan harga tambang kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April berharga RM3,138.
Hari ini, Loke berkata itu adalah waktu puncak dan kebanyakan tiket sudah habis dijual.
“Ini kerana penumpang mengambil nasihat Wee sebelum ini untuk beli tiket awal. Adakah kamu (Wee) dah lupa nasihat yang kamu berikan?
Dalam pada itu, Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) meluluskan 256 bas tambahan untuk musim perayaan.
Katanya, pada tahun lalu hanya 98 bas tambahan yang diluluskan.
“Ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan daripada pengguna.”
Loke juga berkata TBS memperkenalkan konsep bebas kertas apabila menggunakan Kod QR untuk pembelian tiket online.
Penumpang hanya perlu mengimbas kod QR itu dan terus masuk ke kawasan pelepasan.
“Langkah ini dijangka mengatasi masalah barisan panjang di terminal, terutama sekali ketika musim perayaan.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source