Umum berpisah, Zulin Aziz nak elak fitnah
Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz berharap orang ramai berhenti bercakap buruk sehingga boleh mengundang fitnah berhubung rumah tangganya.
Menurut laporan Harian Metro, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia memaklumkan perpisahan tersebut di media sosial kerana mahu mengelakkan fitnah di masa akan datang.
“Kenapa saya ‘post’, sebab tak nak fitnah di kemudian hari. Nak sambut Syawal dah ni, nanti tak ada gambar dengan ‘husband’ (suami), semua orang tanya mana ‘husband’, mana ‘husband’. Nanti jadi macam-macam benda, saya nak kena ‘explain’.
“Saya ‘post’ hanya nak beritahu saja (berpisah), tapi apa sebabnya tak perlulah dikongsikan. Saya beritahu itu pun, bukan nak canang-canang hal rumah tangga saya macam ini, namun itulah keadaannya.
“Kita ‘public figure’ kan. Nanti ada saja orang nak tanya, jadi saya ‘explain’ awal-awal supaya tak ada soalan pelik-pelik di kemudian hari,” katanya menerusi video suara di aplikasi TikTok.
Kelmarin, pelakon berusia 34 tahun itu mengejutkan peminat dan pengikutnya selepas memberi bayangan bahawa perkahwinan dibina tidak dapat dipertahankan lagi.
Zulin berkata, dia menyedari tindakannya itu mengejutkan ramai pihak apatah lagi tidak pernah berkongsi hal berkaitan rumah tangga kepada umum.
“Kami memang tak ada masalah apa-apa, mungkin tiba-tiba saja bergaduh. Apapun, ujian kita dalam rumah tangga ini berbeza-beza. Situasi saya, tak boleh nak samakan dengan orang lain.
“Malah, setiap apa yang saya kongsikan di media sosial itu terjadi dalam hidup saya. Ia benda yang betul. Saya tidak melakukannya untuk ‘prank’ atau strategi pemasaran,” ujarnya.
Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu berkongsi satu hantaran di laman Instagram dengan memuat naik foto pernikahan berserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai.
Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan Norzaini pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Instagram Zulin Aziz
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source