Punca rumah tangga berakhir? Ah Moi akan lapor Mira ke pihak berkuasa agama
Personaliti media sosial, Shermine Hau Ah Moi akan melaporkan kepada pihak berkuasa agama berhubung isu seorang pekerjanya yang didakwa menjadi punca rumah tangganya berakhir dengan penceraian.
Menurut laporan Sin Chew Daily, dia sudah melakukan perbincangan bersama peguam yang dilantik dan akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama bagi melakukan siasatan lanjut.
“Saya akan melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa agama. Saya sudah berbincang dengan peguam dan akan tunggu tindakan selanjutnya,” katanya dalam temu bual eksklusif semalam.
Ah Moi mendakwa, pekerja dikenali sebagai Mira itu masih belum tidak tampil memohon maaf selepas kantoi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya View Chin.
“Dia langsung tidak menghubungi saya dan saya percaya dia kini sedang bersembunyi,” ujarnya.
Mengulas tentang status Mira, ibu tiga cahaya mata itu mendakwa gadis tersebut sudah memutuskan pertunangan dengan lelaki pilihan hati disebabkan View Chin.
Ah Moi berkata demikian susulan tular beberapa keping gambar Mira mengenakan persalinan cantik yang dilihat sinonim dengan majlis pertunangan atau perkahwinan.
“Mira tak berkahwin, dia hanya bertunang. Kami hadir ke majlis pertunangannya pada penghujung 2021. Ibu bapanya juga ada dan nampak saya hamil ketika itu,” kongsinya.
Terdahulu, Ah Moi turut menyatakan bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suami kerana menuduh dirinya pula yang berlaku curang.
Sumber: Sin Chew Daily (Zhuang Min & Lu Weihan)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source