Yusof Haslam tak kecil hati-“Syamsul pun pernah tiga tahun tak balik raya”
Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam memberitahu dirinya dan isteri reda sudah reda termasuk keputusan anak mereka, Syamsul Yusof sama ada mahu pulang beraya bersama atau tidak.
Penerbit berusia 68 tahun ketika dihubungi berkata, pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuk pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
“Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati.
“Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail sudah reda,”ujarnya mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Tambah Yusof, sebelum ini Syamsul juga pernah tidak balik raya bersama mereka sampai tiga tahun. Pun begitu, mereka tidak kecil hatil sekiranya pengarah berusia 39 tahun ini mahu pulang beraya bersama atau tidak.
“Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahu a’lam (Dan Allah lebih tahu). Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun.
“Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah.
“Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dah berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,”ujarnya.
Sementara itu, pemilik nama Mohd Yusof Md Haslam Khan menyatakan mereka akan menyambut perayaan secara bersederahana sahaja seperti setiap tahun bersama ahli keluarga seperti adik-beradik.
“Untuk pagi raya itu, biasalah adik-beradik yang rapat dengan kita balik. Ibu bapa kita pun dah tak ada, kedua-duanya sudah meninggal dunia lama, jadi kita adik-beradiklah datang kunjung-mengunjung.
“Pada hari raya kedua pula, saya bersama isteri akan ke Pulau Pinang selama tiga hari di sana. Tapi, kami akan sambung berkunjung ke rumah adik-beradik selepas pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source