Zulin Aziz tak jadi berpisah dengan suami, syukur berkat doa ramai
Pada Isnin lalu, selebriti serba boleh Zulin Aziz memberi bayangan dirinya akan berpisah dengan suami, Farhan Norzaini tanpa berkongsi punca sebenar yang berlaku antara mereka berdua.
Terbaharu, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi khabar baik dengan menyatakan mereka berdua kembali berbaik semula.
Zulin berkata, apa yang berlaku dalam hubungan ‘keruh’ mereka adalah ujian hidup berpasangan selain mahu memberi ruang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan yang lebih baik dari sebelum ini.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi, Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,”tulisnya.
Jelas aktres berusia 34 tahun, keputusan yang dibuat sebelum ini adalah secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan dengan kemelut yang dihadapi mereka berdua.
Zulin berkata, dia mempunyai sebab kenapa membuat hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kapsyen ‘perpisahan’ yang ditulisnya dalam sebuah hantaran terdahulu.
“Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu perkara yang berlaku, Yang mana tahu je yang tahu. Alhamdulillah, asbab dan hikmah disebalik itu.
“Tak pernah sekali pun kongsi apa-apa fasal masalah rumah tangga. Keadaan sebelum ini pun baik-baik sahaja. Seperti yang dilihat memang tiba-tiba.
“Dalam pada kami berputus asa, masing-masing untuk ambil keputusan untuk berpisah,”ujarnya.
Sebelum ini, Zulin membuat hantaran mengejut dengan memaklumkan dia sudah berpisah dengan suami selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Fenruari 2022, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram @zulinaziz
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v15.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source